Friday, 27 December 2013

tips pemakanan menjelang peperiksaan



Lama sangat dah tak menulis blog ni, 'entry' terakhir adalah sebulan yang lepas. nampak tak ke'busy'an yang melanda tu sampai tak sempat nak 'update' blog. dan tetiba pula harini rasa macam rajin dan semacam tiada apa kerja yang perlu dibuat. hehe. jadi moh la masukkan 'entry' baru...

Untuk pengetahuan sekarang ini aku dalam minggu 'study-week'. yey ! setelah berminggu-minggu berhempas pulas siapkan assignment...kejar due date semua...akhirnya setel jugak dan dah masuk pon minggu 'study-week' yang heaven...ok heaven la jugak sebab dapat 'study-week' selama 17 hari...ommo..tak syok gitu...heheh..memang dihabiskan masa untuk pulang ke kampung dulu bagi refresh kepala otak then baru balik palam semula  menghadap buku untuk final exam yang bermula 7 jan - 13 jan.

Semester 5 ni aku hanya ada 4 saja kertas bertulis. Actually, ada 6 subjek tapi 2 subjek takda final jadi tinggal la 4. Doakan aku ya !
Rasa macam terlalu meleret pula mukadimah.........sebenarnye sempena nak menghadapi peperiksaan ini aku nak la kongsi tips pemakanan menjelang peperiksaan. Selain kita harus belajar, semua pon tahu kita juga mestilah kena jaga kesihatan terutama dari segi pemakanan. Cuma kekadang kita 'take for granted' nikmat kesihatan yg tuhan dah berikan pada kita. Biasa kan dengar atau lihat seseorang tu bila study sampai lupa nak makan. Tak keluar-keluar bilik menghadap buku. Ehem...sebenarnya aku juga 'pesen' begitu...Janganlah diamalkan. So di musim peperiksaan ni, jom kita jaga kesihatan disamping belajar untuk score exam !

Here's beberapa tips untuk panduan :)

1. Jangan lupa BERSARAPAN.
2. Ambil sarapan ringan tidak terlalu berat untuk mengelak dari mengantuk.
3. Elakkan makan makanan ringan (keropok, gula-gula, air gas)
4. Ambil makanan karbohidrat (roti, mi atau pasta) kurangkan lemak dan sedikit protein (ikan, ayam, daging) untuk makan malam
5. Kurangkan mengambil bahan yang mengandungi kafein (kopi) dan coklat. Dikhuatiri jika berlebihan menyebabkan getaran dan debaran, menaikkan tahap kebimbangan dan memberi kesan pada tumpuan.
6. Minum air secukupnya kerana badan akan menjadi lesu jika kekurangan air.
7. Minum segelas susu sebelum masuk tidur.
8. Sediakan snek yang berkhasiat (etc; kekacang, kismis, buah-buahan)
9. Jika ada masa lakukan senaman fizikal untuk meningkatkan pembekalan oksigen dalam darah dan nutrien ke dalam otak.
10. Tidur secukupnya (lebih kurang 6 jam sehari)

Saturday, 30 November 2013

Panduan mudah untuk kekal sihat

(sumber rujukan: KKM)


JOM Amalkan 55555


1. Makan 5 kumpulan makanan setiap hari (roti & bijirin, sayuran & buah-buahan, ikan/ayam/daging & kekacang serta susu & produk tenusu)

2. Makan 5 sajian buah dan sayur setiap hari 
- contoh: epal & lai saiz sederhana sebiji dan 3 senduk sayur hijau

3. Hadkan kepada 500 kalori sahaja untuk setiap waktu makan
- contoh: sarapan 500 kcal
(  Mi goreng - 280 kcal, karipap 1 biji - 128 kcal, teh 'o' - 60 kcal )
- contoh: makan tengahari 500 kcal
( Nasi 1 pinggan - 225kcal, Ayam kari - 220 kcal, sayur goreng - 45 kcal, air kosong )
- contoh: makan malam
(Nasi 1 pinggan - 225 kcal, ikan masak asam pedas - 160 kcal, sayur goreng - 45 kcal, epal - 60 kcal, air kosong )

4. Hadkan 5 gram atau 1 sudu teh gula sahaja untuk minuman manis

5. Bersenam 5 kali seminggu selama 20 - 30 minit ( jogging, berjalan pantas, aerobik, turun naik tangga, berbasikal, berkebun, menari)

p/s: ayuh amalkan cara hidup sihat!




Monday, 25 November 2013

Happy Weekend


Hai ! Hai ! Hai !
Nak berceloteh tentang hujung minggu lepas. Weekend yang superb ! :)
Very de ohsem weekend..hihi
sebab aku dgn housemates pergi berais-skate di sunway piramid.
Ini pertama kali tau aku main ice-skating. Tak pernah nak cuba langsung pon sebelum ni sebab xreti pon main kasut roda tu. Dan sebenarnya aku xpernah main pon roller blade tuh. hehe.
Ice-skate ni best giler pulak tapi bila balik aje rumah memang habis la sakit-sakit seluruh badan. First timer biasa lah jatuh banyak kali. Aku melangkah masuk je dah nak tergolek kau tau. Naseb ade pkcik tepi tu paut lengan aku tapi last-last aku tergolek jugak depan tuh. hahah. Lebih kurang 10 kali jugak aku jatuh rasanya. huhuh. Malu dah letak tepi je beb.Kalau jatuh tu buat muka comel je sebab nak cover malu. keh2. padahal sebab nak cover dah terjerit kuat-kuat masa jatuh tu. tak boleh nak kawal 'volume' lah. kalau nak jatuh tu mesti terjerit. Eish.
Tapi aku rasa masa berais-skate tu aku dah xnampak orang pon. aku dok pandang bawah je sbb kalau aku pandang lurus depan konpem kejap lagi tergolek macam ape. Ahah
Walaupun jatuh banyak kali tapi best la. Tak rugi pon. **Serius cakap nih..ngeh3

Sum up the day's pictures 










Tuesday, 19 November 2013

nota cinta #5



i love you for so many reasons
big and small
and all of them are wonderful

i love you for all the special qualities
that make you one of a kind
the only one in the world for me

i love you for the things you do
that bring such special meaning to my life
i love you for the silent times
when your eyes and arms tell me all i want to know

i love you
just because i do..

because now
in the deepest part of my heart..
a place where there was nothing before
there is love....

p/s:kopipaste from nota cinta-fb

Sunday, 17 November 2013

Hari-tanpa-kata


Selalu sangatlah kan kita nampak #wordless wenesday..pegi je mana-mana media sosial like fb, twitter, blog, tumblr or etc mesti ada wordless wednesday ni..walaupun aku tak-berapa-nak-paham kenapa dan mengapa hari rabu tu dijadikan hari tanpa kata atau dengan lebih tepatnya kenapa perlu ada hari-tanpa-kata tu...tapi aku pon nak la jugak post something yg se-akan macam wordless wednesday tu walaupun sekarang ini bukan hari rabu. Harini sunday ye ! Hari Ahad :) So, nah untuk anda semua !


tersangatlah 'deep meaning'. Susah kot untuk tak makan 'makanan-cepat' ni. boleh je makan sebenarnya tapi kena kurangkan kekerapan. mungkin hanya sebulan sekali. tapi bukan bermaksud sebulan sekali pegi makan kfc,mcd,pizza,kenny tu ye..semua rangkaian produk makanan segera ini haruslah hanya sebulan sekali. Contoh bulan ini kfc, bulan depan mcd dan seterusnya. Lebih baik kalau dapat buat 2 bulan sekali tapi....(sendiri fikirla ye) memang susah. Let's try consume natural and healthy food :) 

p/s: tetiba aku rasa dah x hari-tanpa-kata pon sebenarnya. Banyak je words. Apa-apa jela :)

Sunday, 10 November 2013

Kebaikan antioksida


Hai ! Apa khabar ? Harap sihat sentiasa ye. Taknak meleret terlalu panjang jadi mira 'straight to the point' jela ye. Kali ini nak berkongsi pasal kebaikan antioksida. Dulu mira ada kongsikan pasal jus green monter di link ini --> resipi jus green monster yang tinggi kandungan antioksida tapi takde beritahu pon kebaikan antioksida. Mesti ada yang tertanya apa kebaikan antioksida kan sampai mira kongsi kan resepi tu.

Jadi kepada sesiapa yang masih tak mengetahui kebaikan antioksida, kenapa kena ambil antioksida, untuk apa antioksida ini, boleh lah dapat sedikit info dari 'entry' kali ini. heee ~

Antioksida ini berperanan untuk menstabilkan radikal bebas dalam badan. Radikal bebas terbentuk melalui tindakbalas biokimia dalam badan samada melalui makanan yang kita telan, udara yang telah tercemar yang kita sedut, cahaya matahari ataupun pencemaran radiasi.

Antioksida dipercayai dapat melindungi tubuh dan memperlahankan pemusnahan sel yang disebabkan oleh proses pengoksidaan. Ia memperkukuhkan ketahanan sel badan dan merangsang pembaikan sel dengan pantas dan juga dapat membaiki DNA yang rosak akibat radikal bebas.

Antioksida juga terbukti dapat memperlahankan proses penuaan kerana antioksida adalah pembersih dalaman badan iaitu penyahtoksin dan pengawet muda dengan meneutralkan radikal bebas.

Antara contoh antioksida ialah vitamin A,C, E, likopena, lutein, beta karotena dan selenium. Vitamin C boleh ditemui dalam buahan citrus seperti buah oren, strawberi, anggur dan kiwi juga terdapat dalam sayur kobis dan bayam. Likopena banyak terdapat dalam betik, tomato, tembikai, aprikot dan jambu batu. Lutein banyak terdapat dalam sayuran berdaun hijau sepeti kobis, bayam dan kailan. Beta karotena biasa didapati dalam makanan semula jadi yang berwarna jingga seperti lobak merah, buah pic, labu, ubi keledek dan mangga. Nasi dan gandum merupakan sumber utama selenium.

Secara kesimpulannya, buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin merupakan antara makanan yang tinggi antioksida. Dibuktikan makanan yang mengandungi antioksida membantu mengekalkan kesihatan dan mencegah pelbagai jenis penyakit yang kita hadapi pada masa sekarang ini. 

Setiap hari kita terdedah dengan faktor-faktor yang menghasilkan radikal bebas. Oleh itu, sangatlah penting untuk kita mengambil makanan semulajadi yang kaya dengan antioksida. Kenapa mira tekankan makanan semulajadi ? Sebab sekarang ramai yang sudah mengetahui kebaikan antioksida ini menghasilkan banyak produk-produk supplemen antioksida untuk dipasarkan. 

Cuba je google, nescaya banyak sangatlah produk yang 'claim' mengandungi antioksida. Tapi mira nak beritahu dekat sini supplemen antioksida tidak memberi kesan yang memberangsangkan untuk jangka masa yang panjang. Atau ringkasnya tidak memberi faedah untuk masa hadapan.

Sebenarnya KKM telah keluarkan 'malaysian dietary guideline' yang mana kita disarankan mengambil 3 hidangan sayur dan 2 hidangan buah-buahan setiap hari mengikut piramid makanan malaysia. Jumlah ini sudah memadai untuk nutrient yang kita perlukan setiap hari. Dan ianya cukup untuk membekalkan antioksida yang kita perlukan setiap hari. 

Jadi marilah kita amalkan makan buah dan sayur setiap hari :)


makanan kaya dengan antioksida

sumber:


3. http://www.myhealth.gov.my/v2/index.php/ubat-a-anda/fakta-ubat/antioksida

Monday, 4 November 2013

Makanan Membantu Meringankan Masalah Perut

9 Makanan Membantu Meringankan Masalah Perut :
(sumber dari Nutritious@EatNutritious)
- gambar-gambar semua adalah hasil carian google imej -

1. Pisang
- Kaya dengan serat dan membantu membuang toksin dalam badan serta menghilangkan ejen penyebab penyakit.




2. Halia
- Merupakan perubatan tradisional bagi menghilangkan rasa loya dan meningkatkan kesihatan penghadaman.



3. Yogurt putih/kosong
- Meningkatkan bilangan bakteria baik di dalam usus, melancarkan proses penghadaman dan juga mengurangkan kembung.



4. Betik
- Membantu melancarkan penghadaman, meringankan senak perut dan membantu mengelak sembelit.


5. Oatmeal
- Baik untuk meringankan cirit-birit.



6. Nasi putih/Roti
- Membantu meringankan cirit-birit.

  


7.  Teh
- Merupakan antioksida yang meringankan kekejangan dan senak perut.



8. Sup Ayam
- Mengembalikan cecair semulajadi badan dan keseimbangan elektrolik dalam badan.


9. Sos epal
- Baik bagi membantu memulihkan cirit-birit.







Saturday, 2 November 2013

RESEPI: JUS 'GREEN MONSTER'


HELLO!
Kali ini aku nak kongsikan cara-cara membuat jus 'green monster'. Resepi ini aku ambil dari fb diet bersama dietitian syima. Bolehlah kita sama-sama mencuba.


RESEPI JUS 'GREEN MONSTER' - health boost juice. Merupakan jus yang tinggi antioksida.

Bahan-bahan (hidangan seorang)

1 biji epal hijau (yang besar)
1/4 biji timun jepun atau biasa
1/4 batang saderi
1 helai daun kailan
1 helai daun salad
Sedikit lemon (perah)
Daun mint

Boleh menggunakan jus extractor ataupun pengisar. Sedap diminum sejuk

(shared from fb diet bersama dietitian syima)

Selamat mencuba!
p/s: Jus ini available dekat cafe citarasa era (econsave jalan reko).
Aku pon belum pernah cuba & rasa jus ini. Sesiapa yang dah pernah cuba ataupun rasa bolehlah komen bagitau :)

Tuesday, 29 October 2013

Pengurusan Masa


I learned a new thing in my lecture class previous few weeks..so I wanna share it to my readers ~

What I wanna share is about TIME MANAGEMENT..
we all know that time management is so important in every day life..without proper time management we'll become stressful and tiring.

So how to manage time effectively?  

Practically u can use STEPHEN COVEY TIME MANAGEMENT MATRIX..It is simple and straight forward planning tool. You just need to understand the concept and put your works/plans/things in the right quadrant.

There have 4 quadrant where:
first is for important & urgent.
second is for important not urgent.
third is for not important & urgent.
fourth is for not important not urgent.

Here, examples of covey's matrix time management

(sumber: google)

(sumber: google)

I hope this info give benefits for us.
Lets we all practices using this planning tool ! who knows you can be more systemic..tralalala ~


Tuesday, 22 October 2013

throwback #2


MASA untuk throwback ! ihihi
kejadian adalah pada jumaat lepas...plan yg xplan sgt pon sbnrnye sbb aci main keluar je nak jalan-jalan..erk sebenarnya alasan keluar bandar untuk job hunting...my bestie @chekiera (ck)-kita bg shotfom la...malas nak menulis nama panjang-panjang ni...Alasan sungguh !dia  nak carik part-time job before futher study pada bulan 3 nanti...alang-alang lama lagi nak smbung baik la carik keje dapat jugak duit poket kan..

Tapi aku rasa xjob hunting pon sbnrnye..masuk-masuk kereta je a.k.a encik oyen then decide pegi makan dulu...dekat nak lunch dah mase tu terus gerak pegi secret recipe..ck tula teringin SR..aku layankan aje. akmaklum la...hanya penumpang...ahah...Encik oyen tu early birthday present untuk ck kita ni..huntunglahh besday dapat car sebijik... :) *HAPPY BIRTHDAY IN ADVANCE DEAR.. padahal besday nanti bulan nov...hahaha...takpela..

dating w CK

foto di SR ~ hihi (xde org berani la amek gmbr :p)

Lepas makan, terfikir pula nak tengok wayang..Lagi insidious 2 dah keluar..apa lagi..memang booking nak tgok cerita tu la kan..Sekali tengok show schedule pukul 12.40, 3.00, 5.15...Nak ambil pukul 12.40 macam xsempat...ok decide la nak tgok pukul 3.00..Habes je makan kami gerak pula pegi OS..konon nya nak cari peluang kerja tapi sampai-sampai shopping jugak first..sempat la aku beli 1 helai cardigan, 1 blouse dgn spsg kasut. Haish..Lepas tu cpt-cpt aku ckp kat ck tahan aku dari keluar duit membeli barang. Nasib la ck pon beli beg kalau x aku dah rasa mcm aku je shopping lebih..

tak habis shopping pon sebenarnya..mana la nak pernah cukup kan..hahah...tapi cpt-cpt sedar yg tujuan utama pegi sana...then mula la pencarian kerja...eceh ayatt.ahaks

khusyuk mengisi borang

sedang sibuk cari kerja ni kiteorang terlepas insidious pukul 3...tu la nasib la xbeli tiket wayang lagi...dan terpaksa la ambil tiket pukul 5.15...

Serious insidious 2 ni best ! elemen terkejut banyak...sengaja betul...tapi xmelatah ok...steady la walaupun cuak-cuak seram sikit...hahah...best la...berbaloi kalau tengok :) Tak nak review lelebih...tengok la sendiri...heheh

cinema ticket

Tamatlah coretan disini.


Friday, 18 October 2013

Neutropenic Diet



Ini merupakan aku punya assignment yang diberi oleh my lecturer.
 Him ask to write about neutropenic diet just about 500 words. Alah li-ma ra-tus je pon. Je Pon. Eceh. Sungguh masa buat ni nak capai lima ratus tu punya la rasa payah. Lagi masa aku nak menulis tentang benda ni ada yg mengacau. Lama la aku ambil masa untuk siapkan esaimen ni. So, here aku punya ringkasan tentang neutropenic diet. Memang betol-betol lima ratus perkataan cuma ada la lebih dalam lima belas perkataan. hehehe. Feel free to read. 

picture: google image



Neutropenic diet is recommended for patients who have undergone chemotherapy or other treatment for cancer. It is special diet for patient that having neutropenia which have a weak immune system. Neutropenia is condition when neutrophils level in the blood is below than 500 cells per mm cube. Neutropenia may caused by cancer and cancer treatment. About 50% of people that receiving chemotherapy has neutropenia. Neutropenia can cause patients get infections easily because they do not have enough neutrophils to destroy the harmful pathogens. Most of these infections can affect lungs, mouth, throat, sinuses or skin. Neutropenic diet should be followed by the patient until the doctor tells patient to resume his or her regular diet. Typically, patients undergoing autologous stem cells transplant will follow this diet during pre-transplant chemotherapy and for the first three month after transplant. Patients that need to undergo allogenic stem transplant also need to follow neutropenic diet during pre-chemotherapy until they no longer take immunosuppressive drugs. People who have being treated for HIV/AIDS and who have had organ transplant also need to follow this diet.

Many kinds of germs can be found in the foods and beverages that can cause illness. Patient that has neutropenia can be easily infected by these kinds of germ that reside inside the foods and beverages. So, the neutropenic diet aim’s to protect bodies from harmful bacteria and other organism which are found in certain foods and beverages. There are some general precautions or basic guidelines about neutropenic diet. Raw meat, fish and uncooked or undercooked eggs should be avoided. Meats should be buying from vacuum-packed lunch rather than freshly sliced meats. Meat should be cooked until it is well-done and eggs should be thoroughly cooked. The egg yolks should not be runny. Uncooked vegetables should not be eaten. Salads also should be avoided. Raw nuts should not be taken. So, try eating baked or roasted nuts instead freshly consumed it. Fresh fruit also should be avoided. Eat only fruit that a thick skin can be peel off.  Only pasteurized milk, yogurt, cheese and other dairy products can be consumed.  Else, it is important for patient to drink clean water. Tap water at home is safe. If bottled water it must be distilled, labelled reverse osmosis or be filtered through a 1 micron filter. If it well water it should be boiled at least one minute. While handling or cooking food, hands should be washed regularly. The cooking surfaces and utensils need to be clean to avoid infections. 



picture: google image

In neutropenic diet, it is important to using pepper, salt and other herbs and spices while cooking food because they are beneficial as they help in fighting of infections. Neutropenic diet recipes should always be prepared by using herbs and other seasoning or low sodium seasoning. Neutropenic diet has recommend foods that can safely consume include bread rolls, muffins and donuts without buts. Another also potato chips, french toast, popcorn, crackers, cooked pastas and rice. Whole milk, buttermilk, homemade milkshakes, commercial frozen milkshakes, packaged cheese like mozzarella, parmesan and cheddar can be eaten. Also canned juices and canned fruits are safe to consume.


picture: google image


sumber: 
http://www.lls.org/diseaseinformation/managingyourcancer/treatmentnextsteps/foodnutrition/neutropenicdiet/  

http://www.diethealthclub.com/types-of-diet/neutropenic-diet.html

Neutropenia handout.pdf

NeutopenicDiet.pdf © UPMC 2008 SYS329920 JPL/SZ REV 5/08 Form# 6023-82191-0508


Tuesday, 15 October 2013

Ai-dil-ad-ha/Esaimen

Hai hai hai..
Hari ini merupakan 10 Zulhijjah. Oh. hari apa ya ? Ya ! hari raya haji :). Buat pengetahuan, hari raya haji di Johor tidak la semeriah mana. Lagi lah memandangkan tahun ni jatuh pada hari selasa, hari tengah-tengah yg xsemua orang dapat cuti untuk pulang ke kampung. Tapi walau xsemeriah mana masih lagi disini kekal dgn adat dan budaya. Masih lagi sibuk memasak rendang, kuah lodeh, ketupat pada malam raya untuk disajikan pada pagi hari raya walaupun ketupat dah berganti ketupat segera. hehehe. 

Raya haji tahun ni raya yg spesel bagi aku. Nak tahu kenapa ? Nak tahu ?!Hahahaha. Sebabnya tahun ni aku beraya sambil buat esaimen..hikhik..betol..esaimen aku masa hari raya haji ini ialah ambil gambar cara hidang makanan tradisional semasa hari raya haji. Abes segala sudut yang possible aku ambil. Dari pinggan mangkuk yg digunakan sampai la cara menyusun di atas meja. Harap berguna lah gambar yg aku ambil tu.

Gambar-gambar ini semua merupakan hasil observation yg nnti aku dgn ahli kumpulan aku kena buat full paper lebih kurang macam article. Berdasarkan gambar-gambar ni nnt kami kena create issue untuk dijadikan tajuk article kami.

Sekarang jejom melihat sebahagian gambar yang aku ambil :)

piring-pinggan-cawan yang digunakan

rajin nye dia oi. ahah

my mom sedang cedok lauk kari daging

susun pinggan katanya 
hidangan for today's hari raya

collage picture
Btw, Selamat hari raya Aidiladha !




Breast Cancer Awareness


Seperti yang diketahui umum..bulan sepuluh merupakan bulan kesedaran kanser payudara antarabangsa.

hah?! bile ? xtahu pon ?


Ha takpe pon kalau taktahu...sekarang dah tahu kan..ehehe ~ Buat pengetahuan semua bulan 10 adalah khas bulan kesedaran kanser payudara atau pun "Pinktober". Sebab apa pilih warna pink aku pon taktahu. Kot-kot ada yang tahu kenapa bagilah tahu ye. Kanser-kanser lain juga ada warna ribbon yang tersendiri. Tak caya bole gugel. Contoh, emerald green for liver cancer. Dark blue for colon cancer.

Bersempena dengan national breast cancer awareness month ini telah diisytiharkan pada 13 oct yang lalu 'No Bra Day'. Uish..ada yg participate x ?ahah. Maybe lah disebabkan ada cerita-cerita yang memberitahu pemakaian pakaian dalam penyebab kepada kanser payudara. Sahih ke tidak xdapatlah pula nak dikenalpasti. But overall I think ada lah juga institituonal effort untuk memberi kesedaran kepada orang ramai tentang kanser payudara.

So dekat sini nak bagi info sedikit tentang kanser payudara. Mari kita mengambil tahu tentang kanser payudara. Nak tahu dengan lebih mendalam boleh je search internet. Banyak je info tentang kanser payudara ni.

Kanser payudara merupakan penyakit dimana sel-sel kanser tumbuh dalam tisu-tisu payudara. Ianya boleh menyebabkan ketumbuhan (benign) yang tidak berbahaya hanya perlu dibuang sahaja melalui kaedah surgikal ataupun kanser (malignan) yang boleh merebak ke serata bahagian tubuh yang lain.

Faktor risiko yang tinggi :
1. Umur
Pesakit yang lebih tua memiliki risiko yang lebih tinggi. 1 daripada 500 wanita dalam umur 30'an mempunyai kebarangkalian yang tinggi mendapat kanser payu dara. Namun begitu, angka ini meningkat kepada 1 dalam 50 orang apabila umur menjangkau 40 - 45 tahun.

2. Sejarah keluarga
Terdapat juga beberapa bukti bahawa penyakit ini boleh diwarisi tetapi peranan genetik di dalam hal ini masih belum difahami sepenuhnya. Wanita yang mempunyai ibu atau anak perempuan atau kakak/adik yang menghidap penyakit ini mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat kanser payudara

3. Sejarah mengidap kanser
Pernah menghidap kanser payudara sebelum ini. Ini mungkin merupakan faktor yang penting dalam pembentukan kanser payudara.

4. Pernah menghidapi penyakit payudara benigna proliferatif
(sumber: http://www.nuclearmalaysia.gov.my/puspanita/knk/kesihatan/Microsoft%20Word%20-%20Kanser%20Payu%20Dara.pdf)

Faktor risiko sederhana:
1. Sejarah haid
Perempuan yang datang haid lebih awal dan lewat putu haid memiliki yang lebih tinggi untuk mendapat pentakit ini. Terbukti bahawa wanita yang telah melalui masa haid lebih 40 tahun menpunyai 2 kali ganda risiko untuk mendapat kanser payudara berbanding mereka yang melalui haid dalam masa yang pendek.

2. Sejarah kelahiran
Wanita yang tidak memiliki anak atau melahirkan anak pertamanya pada usia yg lanjut memiliki risiko yang lebih tinggi untuk memperolehi penyakit ini. Adalah dipercayai disebakan oleh pendedahan kepada estrogen yang berlebihan.

3. Estrogen eksogenus
Wanita yang pernah mengambil estrogen dalam bentuk pil perancang keluarga ataupun terapi penggantian estrogen lebih berisiko untuk memperolehi kanser payudara.

4. Pernah mendapat kanser ovari atau rahim

5. Alkohol
Terdapat kajian yang telah menunjukkan bahawa ada kaitan di antara pengambila alkohol dengan risiko pembentukan kanser payudara.
(sumber: http://www.nuclearmalaysia.gov.my/puspanita/knk/kesihatan/Microsoft%20Word%20-%20Kanser%20Payu%20Dara.pdf)

Faktor risiko lain yang sederhana:
1. Diet yang tinggi lemak
(sumber: http://www.nuclearmalaysia.gov.my/puspanita/knk/kesihatan/Microsoft%20Word%20-%20Kanser%20Payu%20Dara.pdf)

- Harap info ini bermanfaat. Bagi sesiapa yang berisiko boleh la pergi buat breast cancer screening.

 

Friday, 11 October 2013

cha-llenge

(pict: from gugel image)


TAKE A CHALLENGE AS A GREAT OPPORTUNITY

Entry kali ini nak bercerita tentang cabaran. Cabaran dimana aku terpaksa tukar blog aku ni daripada "personal blog" kepada blog yang berilmiah. Ya ! Aku "terpaksa" buat sebab pensyarah aku suruh buat. ok! macam teruk sgt je cakap terpaksa tu..ihihihi.

But serious, i'm telling the truth...one of my lecturer for this semester told everybody in the class to create a blog and put educational information and share with him so he can evaluate it..it is important for everybody to get an extra marks...sounds unreasonable but it's reality..He want to see 48 blogs(my classmates & me) with informative entry by the end of this year. I thought his was joking but he really mean it.. =,=

Bagi aku nak buat blog yang ada good information tu bukan senang.Memang susah nak buat sebab bahan-bahan ilmiah ni kau kena confirm dulu dia punye sumber..valid ke idok..takan nak main 'boh' je letak sekali orang baca salah fakta dah kau buat ajaran sesat.Nak mencari bahan tu dah la satu hal..lagi nak menaip..memang leceh (bagi orang malas menaip mcm aku)..takkan nak kopipaste...karang ade pulak cop plagiarism...tak memasal..Dan itulah cabaran yang aku kena hadapi.Tapi mira, jangan anggap cabaran itu sebagai masalah..take it as opportunity..Yes ! As an opportunity ! Pandang dari sudut positif. Banyak lagi kebaikan yang boleh aku dapat bila aku tukar blog ni kepada blog berilmiah.

Tapi kan...(banyak sangat tapi aku nih) sigh ! kalau blog persendirian mmg seronok la kan..laju je boleh update entry...tulis pon boleh je merepek-repek..boleh bercerita apa-apa saja yang nak dicerita. Kisah peribadi la biasanya akan diceritakan.Tapi kadang-kadang terlalu bercerita kisah peribadi pon org tak suka jugak..ahaha...tapi dah kata personal blog. sukahati riang ria la nak menulis apa..kalau menyampah sila pergi ke tanda x dekat atas belah kanan page ----> X. Settle prob !

So mulai entry hadapan...not this entry..aku akan cuba sedaya upaya untuk masukkan seberapa banyak info yang berguna untuk aku dan semoga juga bermanfaat untuk semua orang.. tapi mungkin sesekali aku akan update jugak tentang kehidupan aku.. what a life kalau sesekali tak menyimpang...Ahahaha...apa punya philosophy la tu...bukan, maksud aku sesekali tu kena la update bnda lain...takan information je memanjang...Aku pun xberhasrat nak jadikan blog ni hundred percent informative blog. Just 50-50. Ade information + tempat luahan perasaan + tempat bercerita. 

Ok..take this challenge for the next entry ya ! 


Saturday, 28 September 2013

sg inki & aeon


haiiii ! haiii ! baru harini berkesempatan nak update blog...maaf la lambat nk update cerita kt blog...hahak..puffft...cam ade pembaca setia yg tertunggu-tunggu je...perasan sgt..hohoh...

ini cerita last weekend...disebabkan baru 2 minggu naik sem baru maka xde la busy sgt dgn segala macam keje so aku berserta budak2 rumah pon plan a vacation...hanya pergi mandi manda di sg inki & bershoping di aeon....yehooo...walaupon dekat je tapi sgt ohsem k..

kteorg sampai sana hampir pukul 12...sampai2 je terus bergambar...biasa lah zaman sekarang...singgah mana-mana perkara utama mesti la ambil gambar kan...posing kemain kau ! dah puas gambar apa lagi mesti la berendam dalam air...sejuk sgt airnya...besttt...

foto di sg inki :)





habis main air ni kteorg gerak pulak pegi aeon...pegi makan pizza..yummy..

lpstu shoping...tapi xshoping sgt sbb masa tu xtau duit da masuk ke belum..rupanya dah masuk..aku je yg xtau duit dah masuk masetu..ciss ~ 

disebabkan aku fikir duit xmasuk lagi kenalah aku berjimat haritu tp jimat-jimat pon aku smpat capai 2 helai t-shirt...hehehe...

tapi bagos jugak la aku xtau masetu...ade karang aku berbelanja sakan...aku dah mula rasa duit aku laju keluar macam air je ni...eish3...

kemain memasing shopin :b



Monday, 2 September 2013

officially 21


#gift   #birthday   #tudung
hai ! saje nk update blog pada harijadi sendiri. hihi. 
yes, as mention earlier harini 2 sept
merupakan aku punya hari lahir...
so happy birthday to me ! yeay !
now i'm officially 21 y/o...
....alhamdulillah...
semoga dgn bertambah umur, aku akan lebih matang

(nak fefeling gugurl sekejap) ~ ok seram....i dah 21 u ols...macam xpercaya je. yela dari kecil tau main je lpstu masok tadika, sekolah rendah, sekolah menengah then asasi smpai dah degree pon skrg...sekejap sgt masa berlalu..makin dewasa ni makin byk tanggungjawab...skrg pon i ols dah nak masuk 3rd year...haish..lepas habes nnt keje pulak...lagi la seram dah kerja..boleh ke x i buat keje nnt...risau... dah keje nnt byk jugak kne pikir...nak beli kereta, rumah, nak kawin..erk ! kawin tu checklist last skali bila i ols da stabil..hahah !

ni bersempena dgn besday i..i nak ucapkan terimakasih kepada yg wish birthday & sekali dgn ucapan2 doa...thankyouu very much...muaaaach :* semoga u ols jugak bahagia hendaknya.. dan kalau boleh doakan lah i ols ni berjaya tamatkan ijazah pada masa yg ditetapkan dan menjadi seorang dietitian yg berdedikasi ye..amin...amboi...hehe...

lagipon tinggal xsampai seminggu je lagi i ols da kembali ke uni utk menyambung pengajian...malass nye rasa...tu lah lama sgt cuti rasa kosong dah ni...tapi nak xnak kena la jugak balik kampus..dah 21 pon perangai mcm budak2 xnak balik asrama kan..hahah...itu biasa..mmg xboleh nk ubah la sbb rumah ibarat syurga...seronok bebenor wpon kkdang bosan...ok la coretan sampai disini sahaja.