Friday 27 December 2013

tips pemakanan menjelang peperiksaan



Lama sangat dah tak menulis blog ni, 'entry' terakhir adalah sebulan yang lepas. nampak tak ke'busy'an yang melanda tu sampai tak sempat nak 'update' blog. dan tetiba pula harini rasa macam rajin dan semacam tiada apa kerja yang perlu dibuat. hehe. jadi moh la masukkan 'entry' baru...

Untuk pengetahuan sekarang ini aku dalam minggu 'study-week'. yey ! setelah berminggu-minggu berhempas pulas siapkan assignment...kejar due date semua...akhirnya setel jugak dan dah masuk pon minggu 'study-week' yang heaven...ok heaven la jugak sebab dapat 'study-week' selama 17 hari...ommo..tak syok gitu...heheh..memang dihabiskan masa untuk pulang ke kampung dulu bagi refresh kepala otak then baru balik palam semula  menghadap buku untuk final exam yang bermula 7 jan - 13 jan.

Semester 5 ni aku hanya ada 4 saja kertas bertulis. Actually, ada 6 subjek tapi 2 subjek takda final jadi tinggal la 4. Doakan aku ya !
Rasa macam terlalu meleret pula mukadimah.........sebenarnye sempena nak menghadapi peperiksaan ini aku nak la kongsi tips pemakanan menjelang peperiksaan. Selain kita harus belajar, semua pon tahu kita juga mestilah kena jaga kesihatan terutama dari segi pemakanan. Cuma kekadang kita 'take for granted' nikmat kesihatan yg tuhan dah berikan pada kita. Biasa kan dengar atau lihat seseorang tu bila study sampai lupa nak makan. Tak keluar-keluar bilik menghadap buku. Ehem...sebenarnya aku juga 'pesen' begitu...Janganlah diamalkan. So di musim peperiksaan ni, jom kita jaga kesihatan disamping belajar untuk score exam !

Here's beberapa tips untuk panduan :)

1. Jangan lupa BERSARAPAN.
2. Ambil sarapan ringan tidak terlalu berat untuk mengelak dari mengantuk.
3. Elakkan makan makanan ringan (keropok, gula-gula, air gas)
4. Ambil makanan karbohidrat (roti, mi atau pasta) kurangkan lemak dan sedikit protein (ikan, ayam, daging) untuk makan malam
5. Kurangkan mengambil bahan yang mengandungi kafein (kopi) dan coklat. Dikhuatiri jika berlebihan menyebabkan getaran dan debaran, menaikkan tahap kebimbangan dan memberi kesan pada tumpuan.
6. Minum air secukupnya kerana badan akan menjadi lesu jika kekurangan air.
7. Minum segelas susu sebelum masuk tidur.
8. Sediakan snek yang berkhasiat (etc; kekacang, kismis, buah-buahan)
9. Jika ada masa lakukan senaman fizikal untuk meningkatkan pembekalan oksigen dalam darah dan nutrien ke dalam otak.
10. Tidur secukupnya (lebih kurang 6 jam sehari)