Tuesday 11 August 2015

engagement my brother



Entry yang ringkas sahaja nih about pertunangan abang aku pada 25 julai 2015 yang lepas. Alhamdulillah everything went well. Majlis pon ringkas sangat berlangsung di kediaman pihak perempuan di kuantan. Dekat 3 jam jugak la perjalanan dari segamat ke kuantan ikut laluan segamat-kuantan. Moga segala urusan berjalan lancar hingga kejinjang pelamin. Amiiin


Hantaran 5 dulang oleh pihak lelaki berbalas 7 dulang oleh pihak perempuan. Kejap lagi kita tengak hantaran hokay.. My brother pilih warna merah jambu. Very girlish dan sebenarnya cantik jugak kaler pink ni tau. Tu lah walau aku xberapa nak minat pink tapi tetap aku admit la kaler pink ni sesuai untuk lady. Rasa cam ayu-ayu gitu. Hahaha. so dulang diisi dengan :-

1) Tepak sirih + duit
2) Cincin merisik + bertunang
3) Telekung
4) Kain pasang
5) Kek


cincin

Pihak perempuan punya dulang:

1) Sireh junjung
2) Kemeja
3) Jam + cincin
4) Sejadah + kain pelikat
5) Tuala
6) Kek
7) Buah





sekitar majlis :-










Monday 10 August 2015

practical story


Tersangatlah lama menyepi, hampir 9 bulan blog tak bersentuh. Okay mengakui yang takda masa sebab bulan doblas tahun lepas busy menyiapkan final year project (fyp)....tonggang terbalik sampai tidur tak cukup. hanya 2 jam je nasib mata tak berapa nak jadik panda ( O.0 )...............lepastu sibuk pulak final exam sem tujuh. terherot-herot nak memasak dalam lab teraputik dan menghafal segala nota-nota, buku nak buat revision segala....lepastu terus shoot berpraktikal selama 6 bulan. lama gilos. Dah la pulak tu merantau- rantau masa praktikal...Dua bulan lebih dekat penang, sebulan lebih dekat kuala pilah dan 2 bulan lebih dekat kota bharu......Ingatkan lega dah la masa tu lepas habis praktikal sekali pulak ada final presentation case study yang selang beberapa hari je lps tamat praktikal lepastu clinical viva seminggu kemudian....fuhhh  ~ then baru la boleh bernafas lega. Setel !


okay cerita pasal praktikal takde ape yang menarik sangat pon. yang best nye dapatlah merasa ke negeri orang, berjalan-jalan dekat sana. yelah kalau nak harapkan aku sendiri bukan senang nak ke sana ke mari berjalan-jalan negeri orang. itu kira pengalaman manis jugak la. pasal kerja as dietitian okla....hari first aku masuk special unit dekat hosp penang pening jugak kepala aku dengan segala lambakkan info dan benda nak kena buat. Minggu first tu agak sengsara la hidup aku dan aku siap cakap kat diri sendiri takmau la jadik dietitian. mencik la buat bnde ni..sobsobsob...but as time goes by aku boleh dah manage patient walau takla expert mana. banyak lagi ruang kena perbaiki. Dan lama-lama rasa seronok jugak keje dietitian ni. hehehe


Sekarang ni pon aku dah habis belajar. 4 tahun menimba ilmu. Macam xpercaya tapi ini realiti. realitinya disini (eceh ade macam iklan af x?) hahahaha penangan af yang baru start :b Itulah sekarang masa mencari pekerjaan. sekejap tak sekejap la masa berlalu. Apepon doakan aku ye ! moga mudah dapat kerja.amiin


sblum end kan stori nak abadikan gambar semasa berpraktikal....

Catering & FoodService attachment
Hospital Pulau Pinang
03 Jan 2015 - 30 Jan 2015








Special Unit attachment
02 Feb 2015 - 03 Mac 2015
Hospital Pulau Pinang







Outpatient attachment
Klinik kesihatan Bandar kota bharu
12 April 2015 - 18 Jun 2015