Thursday 20 November 2014

Farm in the City

Create the memories with le housemates before everyone going to clinical attachment :D
Spend time together menikmati pemandangan bumi hijau...

Farm in the City ni terletak di Jalan Prima Tropika Barat 2, Taman Prima Tropika, 43300 Seri Kembangan, Selangor. Banyak sangat haiwan dekat sini. Boleh explore kenal-kenal haiwan secara santai. Konsep tempat ini lebih kurang macam zoo tapi haiwan dekat sini jinak dan kita boleh pegang.






kura-kura gergasi :)



ada 1 je burung warna biru ni
















Thanks for the time we spent together :D

Monday 6 October 2014

Le memoir ~ classmates


~ Entry bergambar

sedang berkumpul..taklimat dari ketua program..hahaha (-.-)


classmates yang super duper havoc :p

Sebenarnya ini aktiviti bersama classmates which is berpiknik di air terjun sungai sendat, ulu yam.. Boleh tahan jauh jugak nak ke sana..Lebih kurang 1 jam plus-plus..Kami pergi dengan 6 buah kereta so total 27 orang yang pergi.. tak semua budak kelas dapat pergi sebab ada hal-hal yang xdapat nak dielakkan..tak ape lah...lain kali mungkin boleh gather lagi bersama-sama...

ini 1 kereta..kereta Miss A & Mr A (hehe :P)



Piknik kali ni sempat ber'bbq tau...sedap giler ayam yg diperap tuh..memang terbaik lah ! pandai sungguh cari resepi..eh, nnt boleh kongsi resepi tau :b


Main event mestilah bermandi-manda tapi lebih kepada mengambil gambar...gambar kenangan la kata kan..bukan selalu dapat keluar reramai sama-sama macam ni..







Semua enjoy & happy dapat kumpul ramai-ramai camni..Harapnya ada lah gather kali kedua nnti..hehe

Tuesday 26 August 2014

Final year coming ~!


Yoshh ! tak sangka betul aku bakal tempuh kehidupan as final year's dietetic student. Super Duper senior. Dah nak tinggal zaman universiti padahal rasanya macam baru semalam terpinga-pinga tatau nak amik kursus apa..macam baru semalam kemas-kemas baju excited nak masuk universiti...haih (-,-). Hoi sangat tak sangka. Memang la masa sekarang sangat pantas...4 tahun tuh terasa sgt sekejap bila kau dah di tahun akhir (2 minggu lagi lah nak naik sem baru) masa tahun first perghh lama nya nk habis belaja, alih-alih dah tiga tahun berlalu.

Tiga tahun tuh macam - macam dah aku lalui. Semua  jadi kenangan tak kira manis or pahit or payau or takda rasa...Cakap pasal kenangan banyak dah kenangan terkumpul sepanjang tiga tahun nih..Appreciate sgt..thanks to all my coursemates bagi kenangan yg best-best. Even nanti lepas habis belajar semua bawa haluan masing-masing. Memories will remain :') Ahah..sayu pulak...belum habis lagi la..ada lagi setahun xyah ckp mcm esok dah xjumpa...mihmihmih

Dah jangan fikir jauh sgt..Guna peluang setahun lagi nih. Good luck untuk tahun akhir ni semoga berjaya mencapai cita-cita. Strive for the best !






Monday 26 May 2014

Ganu (Part 2)

Okeh..dari harituh tertangguh nak update cerita ganu dulu. Karang kalau simpan lelama makin basi.. so sebelum aku rasa dah basi nk masukkan dlm blog baik aku cepat-cepat update walaupun sbenarnya dah terlambat dah -.- hermm. Hahah

Ni cerita hari kedua di ganu :)
Hari kedua kami xpergi mana pon sebab 'housemate-ganu-saya-tu' bertunang..
Wah, meriah sgt....siap ada mini pelamin...
Awal-awal pagi lagi dah kecoh-kecoh buat persiapan....

~ Yuni E-day ~



Jom tengok gambar hantaran pulak..hantaran semua 5 dulang berbalas 7




Okay ni gambar kiteorang as dayang-dayang. HAHA




Gambar masa sarung cincin


Ni gambar berangan. Okbye!