Tuesday 26 August 2014

Final year coming ~!


Yoshh ! tak sangka betul aku bakal tempuh kehidupan as final year's dietetic student. Super Duper senior. Dah nak tinggal zaman universiti padahal rasanya macam baru semalam terpinga-pinga tatau nak amik kursus apa..macam baru semalam kemas-kemas baju excited nak masuk universiti...haih (-,-). Hoi sangat tak sangka. Memang la masa sekarang sangat pantas...4 tahun tuh terasa sgt sekejap bila kau dah di tahun akhir (2 minggu lagi lah nak naik sem baru) masa tahun first perghh lama nya nk habis belaja, alih-alih dah tiga tahun berlalu.

Tiga tahun tuh macam - macam dah aku lalui. Semua  jadi kenangan tak kira manis or pahit or payau or takda rasa...Cakap pasal kenangan banyak dah kenangan terkumpul sepanjang tiga tahun nih..Appreciate sgt..thanks to all my coursemates bagi kenangan yg best-best. Even nanti lepas habis belajar semua bawa haluan masing-masing. Memories will remain :') Ahah..sayu pulak...belum habis lagi la..ada lagi setahun xyah ckp mcm esok dah xjumpa...mihmihmih

Dah jangan fikir jauh sgt..Guna peluang setahun lagi nih. Good luck untuk tahun akhir ni semoga berjaya mencapai cita-cita. Strive for the best !