Seperti yang diketahui umum..bulan sepuluh merupakan bulan kesedaran kanser payudara antarabangsa.
hah?! bile ? xtahu pon ?
Ha takpe pon kalau taktahu...sekarang dah tahu kan..ehehe ~ Buat pengetahuan semua bulan 10 adalah khas bulan kesedaran kanser payudara atau pun "Pinktober". Sebab apa pilih warna pink aku pon taktahu. Kot-kot ada yang tahu kenapa bagilah tahu ye. Kanser-kanser lain juga ada warna ribbon yang tersendiri. Tak caya bole gugel. Contoh, emerald green for liver cancer. Dark blue for colon cancer.
Bersempena dengan national breast cancer awareness month ini telah diisytiharkan pada 13 oct yang lalu 'No Bra Day'. Uish..ada yg participate x ?ahah. Maybe lah disebabkan ada cerita-cerita yang memberitahu pemakaian pakaian dalam penyebab kepada kanser payudara. Sahih ke tidak xdapatlah pula nak dikenalpasti. But overall I think ada lah juga institituonal effort untuk memberi kesedaran kepada orang ramai tentang kanser payudara.
So dekat sini nak bagi info sedikit tentang kanser payudara. Mari kita mengambil tahu tentang kanser payudara. Nak tahu dengan lebih mendalam boleh je search internet. Banyak je info tentang kanser payudara ni.
Kanser payudara merupakan penyakit dimana sel-sel kanser tumbuh dalam tisu-tisu payudara. Ianya boleh menyebabkan ketumbuhan (benign) yang tidak berbahaya hanya perlu dibuang sahaja melalui kaedah surgikal ataupun kanser (malignan) yang boleh merebak ke serata bahagian tubuh yang lain.
Faktor risiko yang tinggi :
1. Umur
Pesakit yang lebih tua memiliki risiko yang lebih tinggi. 1 daripada 500 wanita dalam umur 30'an mempunyai kebarangkalian yang tinggi mendapat kanser payu dara. Namun begitu, angka ini meningkat kepada 1 dalam 50 orang apabila umur menjangkau 40 - 45 tahun.
2. Sejarah keluarga
Terdapat juga beberapa bukti bahawa penyakit ini boleh diwarisi tetapi peranan genetik di dalam hal ini masih belum difahami sepenuhnya. Wanita yang mempunyai ibu atau anak perempuan atau kakak/adik yang menghidap penyakit ini mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat kanser payudara
3. Sejarah mengidap kanser
Pernah menghidap kanser payudara sebelum ini. Ini mungkin merupakan faktor yang penting dalam pembentukan kanser payudara.
4. Pernah menghidapi penyakit payudara benigna proliferatif
(sumber: http://www.nuclearmalaysia.gov.my/puspanita/knk/kesihatan/Microsoft%20Word%20-%20Kanser%20Payu%20Dara.pdf)
Faktor risiko sederhana:
1. Sejarah haid
Perempuan yang datang haid lebih awal dan lewat putu haid memiliki yang lebih tinggi untuk mendapat pentakit ini. Terbukti bahawa wanita yang telah melalui masa haid lebih 40 tahun menpunyai 2 kali ganda risiko untuk mendapat kanser payudara berbanding mereka yang melalui haid dalam masa yang pendek.
2. Sejarah kelahiran
Wanita yang tidak memiliki anak atau melahirkan anak pertamanya pada usia yg lanjut memiliki risiko yang lebih tinggi untuk memperolehi penyakit ini. Adalah dipercayai disebakan oleh pendedahan kepada estrogen yang berlebihan.
3. Estrogen eksogenus
Wanita yang pernah mengambil estrogen dalam bentuk pil perancang keluarga ataupun terapi penggantian estrogen lebih berisiko untuk memperolehi kanser payudara.
4. Pernah mendapat kanser ovari atau rahim
5. Alkohol
Terdapat kajian yang telah menunjukkan bahawa ada kaitan di antara pengambila alkohol dengan risiko pembentukan kanser payudara.
(sumber: http://www.nuclearmalaysia.gov.my/puspanita/knk/kesihatan/Microsoft%20Word%20-%20Kanser%20Payu%20Dara.pdf)
1. Diet yang tinggi lemak
(sumber: http://www.nuclearmalaysia.gov.my/puspanita/knk/kesihatan/Microsoft%20Word%20-%20Kanser%20Payu%20Dara.pdf)
- Harap info ini bermanfaat. Bagi sesiapa yang berisiko boleh la pergi buat breast cancer screening.
No comments:
Post a Comment