Saturday, 30 November 2013

Panduan mudah untuk kekal sihat

(sumber rujukan: KKM)


JOM Amalkan 55555


1. Makan 5 kumpulan makanan setiap hari (roti & bijirin, sayuran & buah-buahan, ikan/ayam/daging & kekacang serta susu & produk tenusu)

2. Makan 5 sajian buah dan sayur setiap hari 
- contoh: epal & lai saiz sederhana sebiji dan 3 senduk sayur hijau

3. Hadkan kepada 500 kalori sahaja untuk setiap waktu makan
- contoh: sarapan 500 kcal
(  Mi goreng - 280 kcal, karipap 1 biji - 128 kcal, teh 'o' - 60 kcal )
- contoh: makan tengahari 500 kcal
( Nasi 1 pinggan - 225kcal, Ayam kari - 220 kcal, sayur goreng - 45 kcal, air kosong )
- contoh: makan malam
(Nasi 1 pinggan - 225 kcal, ikan masak asam pedas - 160 kcal, sayur goreng - 45 kcal, epal - 60 kcal, air kosong )

4. Hadkan 5 gram atau 1 sudu teh gula sahaja untuk minuman manis

5. Bersenam 5 kali seminggu selama 20 - 30 minit ( jogging, berjalan pantas, aerobik, turun naik tangga, berbasikal, berkebun, menari)

p/s: ayuh amalkan cara hidup sihat!




Monday, 25 November 2013

Happy Weekend


Hai ! Hai ! Hai !
Nak berceloteh tentang hujung minggu lepas. Weekend yang superb ! :)
Very de ohsem weekend..hihi
sebab aku dgn housemates pergi berais-skate di sunway piramid.
Ini pertama kali tau aku main ice-skating. Tak pernah nak cuba langsung pon sebelum ni sebab xreti pon main kasut roda tu. Dan sebenarnya aku xpernah main pon roller blade tuh. hehe.
Ice-skate ni best giler pulak tapi bila balik aje rumah memang habis la sakit-sakit seluruh badan. First timer biasa lah jatuh banyak kali. Aku melangkah masuk je dah nak tergolek kau tau. Naseb ade pkcik tepi tu paut lengan aku tapi last-last aku tergolek jugak depan tuh. hahah. Lebih kurang 10 kali jugak aku jatuh rasanya. huhuh. Malu dah letak tepi je beb.Kalau jatuh tu buat muka comel je sebab nak cover malu. keh2. padahal sebab nak cover dah terjerit kuat-kuat masa jatuh tu. tak boleh nak kawal 'volume' lah. kalau nak jatuh tu mesti terjerit. Eish.
Tapi aku rasa masa berais-skate tu aku dah xnampak orang pon. aku dok pandang bawah je sbb kalau aku pandang lurus depan konpem kejap lagi tergolek macam ape. Ahah
Walaupun jatuh banyak kali tapi best la. Tak rugi pon. **Serius cakap nih..ngeh3

Sum up the day's pictures 










Tuesday, 19 November 2013

nota cinta #5



i love you for so many reasons
big and small
and all of them are wonderful

i love you for all the special qualities
that make you one of a kind
the only one in the world for me

i love you for the things you do
that bring such special meaning to my life
i love you for the silent times
when your eyes and arms tell me all i want to know

i love you
just because i do..

because now
in the deepest part of my heart..
a place where there was nothing before
there is love....

p/s:kopipaste from nota cinta-fb

Sunday, 17 November 2013

Hari-tanpa-kata


Selalu sangatlah kan kita nampak #wordless wenesday..pegi je mana-mana media sosial like fb, twitter, blog, tumblr or etc mesti ada wordless wednesday ni..walaupun aku tak-berapa-nak-paham kenapa dan mengapa hari rabu tu dijadikan hari tanpa kata atau dengan lebih tepatnya kenapa perlu ada hari-tanpa-kata tu...tapi aku pon nak la jugak post something yg se-akan macam wordless wednesday tu walaupun sekarang ini bukan hari rabu. Harini sunday ye ! Hari Ahad :) So, nah untuk anda semua !


tersangatlah 'deep meaning'. Susah kot untuk tak makan 'makanan-cepat' ni. boleh je makan sebenarnya tapi kena kurangkan kekerapan. mungkin hanya sebulan sekali. tapi bukan bermaksud sebulan sekali pegi makan kfc,mcd,pizza,kenny tu ye..semua rangkaian produk makanan segera ini haruslah hanya sebulan sekali. Contoh bulan ini kfc, bulan depan mcd dan seterusnya. Lebih baik kalau dapat buat 2 bulan sekali tapi....(sendiri fikirla ye) memang susah. Let's try consume natural and healthy food :) 

p/s: tetiba aku rasa dah x hari-tanpa-kata pon sebenarnya. Banyak je words. Apa-apa jela :)

Sunday, 10 November 2013

Kebaikan antioksida


Hai ! Apa khabar ? Harap sihat sentiasa ye. Taknak meleret terlalu panjang jadi mira 'straight to the point' jela ye. Kali ini nak berkongsi pasal kebaikan antioksida. Dulu mira ada kongsikan pasal jus green monter di link ini --> resipi jus green monster yang tinggi kandungan antioksida tapi takde beritahu pon kebaikan antioksida. Mesti ada yang tertanya apa kebaikan antioksida kan sampai mira kongsi kan resepi tu.

Jadi kepada sesiapa yang masih tak mengetahui kebaikan antioksida, kenapa kena ambil antioksida, untuk apa antioksida ini, boleh lah dapat sedikit info dari 'entry' kali ini. heee ~

Antioksida ini berperanan untuk menstabilkan radikal bebas dalam badan. Radikal bebas terbentuk melalui tindakbalas biokimia dalam badan samada melalui makanan yang kita telan, udara yang telah tercemar yang kita sedut, cahaya matahari ataupun pencemaran radiasi.

Antioksida dipercayai dapat melindungi tubuh dan memperlahankan pemusnahan sel yang disebabkan oleh proses pengoksidaan. Ia memperkukuhkan ketahanan sel badan dan merangsang pembaikan sel dengan pantas dan juga dapat membaiki DNA yang rosak akibat radikal bebas.

Antioksida juga terbukti dapat memperlahankan proses penuaan kerana antioksida adalah pembersih dalaman badan iaitu penyahtoksin dan pengawet muda dengan meneutralkan radikal bebas.

Antara contoh antioksida ialah vitamin A,C, E, likopena, lutein, beta karotena dan selenium. Vitamin C boleh ditemui dalam buahan citrus seperti buah oren, strawberi, anggur dan kiwi juga terdapat dalam sayur kobis dan bayam. Likopena banyak terdapat dalam betik, tomato, tembikai, aprikot dan jambu batu. Lutein banyak terdapat dalam sayuran berdaun hijau sepeti kobis, bayam dan kailan. Beta karotena biasa didapati dalam makanan semula jadi yang berwarna jingga seperti lobak merah, buah pic, labu, ubi keledek dan mangga. Nasi dan gandum merupakan sumber utama selenium.

Secara kesimpulannya, buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin merupakan antara makanan yang tinggi antioksida. Dibuktikan makanan yang mengandungi antioksida membantu mengekalkan kesihatan dan mencegah pelbagai jenis penyakit yang kita hadapi pada masa sekarang ini. 

Setiap hari kita terdedah dengan faktor-faktor yang menghasilkan radikal bebas. Oleh itu, sangatlah penting untuk kita mengambil makanan semulajadi yang kaya dengan antioksida. Kenapa mira tekankan makanan semulajadi ? Sebab sekarang ramai yang sudah mengetahui kebaikan antioksida ini menghasilkan banyak produk-produk supplemen antioksida untuk dipasarkan. 

Cuba je google, nescaya banyak sangatlah produk yang 'claim' mengandungi antioksida. Tapi mira nak beritahu dekat sini supplemen antioksida tidak memberi kesan yang memberangsangkan untuk jangka masa yang panjang. Atau ringkasnya tidak memberi faedah untuk masa hadapan.

Sebenarnya KKM telah keluarkan 'malaysian dietary guideline' yang mana kita disarankan mengambil 3 hidangan sayur dan 2 hidangan buah-buahan setiap hari mengikut piramid makanan malaysia. Jumlah ini sudah memadai untuk nutrient yang kita perlukan setiap hari. Dan ianya cukup untuk membekalkan antioksida yang kita perlukan setiap hari. 

Jadi marilah kita amalkan makan buah dan sayur setiap hari :)


makanan kaya dengan antioksida

sumber:


3. http://www.myhealth.gov.my/v2/index.php/ubat-a-anda/fakta-ubat/antioksida

Monday, 4 November 2013

Makanan Membantu Meringankan Masalah Perut

9 Makanan Membantu Meringankan Masalah Perut :
(sumber dari Nutritious@EatNutritious)
- gambar-gambar semua adalah hasil carian google imej -

1. Pisang
- Kaya dengan serat dan membantu membuang toksin dalam badan serta menghilangkan ejen penyebab penyakit.




2. Halia
- Merupakan perubatan tradisional bagi menghilangkan rasa loya dan meningkatkan kesihatan penghadaman.



3. Yogurt putih/kosong
- Meningkatkan bilangan bakteria baik di dalam usus, melancarkan proses penghadaman dan juga mengurangkan kembung.



4. Betik
- Membantu melancarkan penghadaman, meringankan senak perut dan membantu mengelak sembelit.


5. Oatmeal
- Baik untuk meringankan cirit-birit.



6. Nasi putih/Roti
- Membantu meringankan cirit-birit.

  


7.  Teh
- Merupakan antioksida yang meringankan kekejangan dan senak perut.



8. Sup Ayam
- Mengembalikan cecair semulajadi badan dan keseimbangan elektrolik dalam badan.


9. Sos epal
- Baik bagi membantu memulihkan cirit-birit.







Saturday, 2 November 2013

RESEPI: JUS 'GREEN MONSTER'


HELLO!
Kali ini aku nak kongsikan cara-cara membuat jus 'green monster'. Resepi ini aku ambil dari fb diet bersama dietitian syima. Bolehlah kita sama-sama mencuba.


RESEPI JUS 'GREEN MONSTER' - health boost juice. Merupakan jus yang tinggi antioksida.

Bahan-bahan (hidangan seorang)

1 biji epal hijau (yang besar)
1/4 biji timun jepun atau biasa
1/4 batang saderi
1 helai daun kailan
1 helai daun salad
Sedikit lemon (perah)
Daun mint

Boleh menggunakan jus extractor ataupun pengisar. Sedap diminum sejuk

(shared from fb diet bersama dietitian syima)

Selamat mencuba!
p/s: Jus ini available dekat cafe citarasa era (econsave jalan reko).
Aku pon belum pernah cuba & rasa jus ini. Sesiapa yang dah pernah cuba ataupun rasa bolehlah komen bagitau :)