post kali ni adalah untuk mengimbas kenangan tahun 2012 ~ sepanjang tahun ni macam2 dah aku lalui..pahit,manis,payau,masin,kelat semua ade. tapi aku nak story yg manis2 je. yg pahit xnak ingat. haha. lets start january punya cerita k.
january 12
stat dengan kisah opkim. lepas abes final sem 1 aku pon pegi la operasi khidmat masyarakat (opkim) kat melaka. seronok dekat sana. pengalaman yg menarik sampai kena buat esei tau psal opkim ni. haish biasala KP kteorg mmg sgt suka bagi esei untuk asah bakat mengarang. haha. opkim ni berlangsung selama 3 hari 2 malam. tempat tidur adalah rumah keluarga angkat. keluarga angkat aku baik, siap bawak aku dgn anak agkat yg lain p mandi laut. rindu laut kot. best sgt2 lagi mse tu gak musim buah. rambutan dgn manggis mmg melantak mcm ape dah. lagi pengalaman opkim ni time naik lori. beramai-ramai naik lori. then ade sesi tangkap lokan. memula geli nak selok dalam lumpur tu. last2 kemain lagi suka. wah !sedap gak tau lokan tu.XD
lo..lo..lo..ri !
tangkap lokan
pas opkim, kakak sedara aku nikah time raya cina. nikah je dulu sebab sanding akan dibuat sekali pada bulan 5 dgn sorg lagi kakak sedara. yg nikah mase ni ialah kak erni
february 12
ade 1 event je aku ingat iaitu pertunangan abg sedara aku (zarul). tunangnya org dekat je. satu kg jugak. jarak rumah 15 minit je. mase nak pegi hantar rombongan ni punya ramai sebab dekat. masing2 nak join. syukur la ramai org :). tunang abg sedara aku ni kecik comel je orgnye.
march 12
aku naik sem 2. result sem 1 bese2 je. apepon aku bersyukur. sem 2 semangat nak usaha lebih sikit. tapi mcm tu gak asenye.haha. naik2 sem ni yg aku ingat ade sesi tangkap gambar kelas. xbeli pon gambar nye. aku cilok dr album org.hehe.
pix candid
pix amek sendiri :b
dalam bulan ni gak aku dpt present dari kawan yg balik bercuti. hadiah keychain kura2
yg kaler pink tu tau !
april 12
bulan 4 lak aku cuti mid sem. sepanjang cuti mid sem yg seminggu tu aku jadik driver bertauliah. ulang alik segamat. ade je hal kena setel. entry ni ade kat april punya story k.
mei 12
mei byk gak la yg jadik. first ialah aku join femo's masuk boling padang. dah la xpenah main & xtau ape tu boling padang. suke je nk main wakil nada. haha. pengalaman yg seronok. dapat lah kenal dgn osmate aizat yg gila2 tu. pecah perut ketawa kot.
wif osmate kt s.alam (boling padang)
paling best bulan ni ialah kteorg pegi berjimba kat times square. series seronok gila. bila ingat ts ni ase nak je pulak pegi genting,legoland,uss utk main segala permainan mcm ts ni..huaaaa. bila la bole pegi ek. sape nak bawak ?! entry ts ni ade post da.
then hujung bulan kakak sedara yg nikah time januari dulu bersanding sekali dgn kakak sedara aku yg baru je nikah. kira 2 pengantin sekali la. entry ni gak da ade post :))
jun 12
ok kat sini ada perkara yg xdisangka berlaku. Berlaku masa hujung bulan masa exam lab cooking.
july 12
saat getir mase bulan ni la. final exam sem 2. but alhamdullilah aku went through dgn selamat. result pon ok. mungkin berkat nak bulan ramadan. eh ? ade la kne mgne kan. haha. mase bulan ni gak kalau xsilap aku aku first time pegi main boling dgn osmate. best gak boling w/pon longkang je selalu. dah last2 baru nk spare. haha.
gigih study anatomy
bersuka-ria b4 abes final
august 12
hari raya puase jatuh dalam bulan ni. so mestilah sambutan hari raya yg paling ak ingat. raya with kawan2. mmg jadik tradisi kteorg p beraya bersama n raya umah sir azli n uma pkwe syak. best raya with korang mmber.
~ yan + qila ~
hujung bulan pulak 2 orang lagi kakak sedara aku kahwin. entry dah ade mase bulan lapan dulu. congrets both of u. sekarang da pregnant da dua2 org. tggu turn nak bersalin je. ops lupa nak bagitahu yg kahwin mase bulan 5 dulu pon tgh pregnant. dah nak due dah asenye. awal 2013 lahir la kot. == entah xingat sgt sbnrnye.
september 12
hoish panjang kot bulan 9 punya cite sbb mcm2 jadik. besday aku bulan ni. n my crush bg calciyum. msti korg ckp eleh calciyum je. halah ok la tu dia bg dr xde pape lgsng kan. ceh positive sgguh aku ni.haha. then mase bulan ni gak ade nada batch meeting and nada bonding night. aku bawak moto kot p fak mase dua event ni. *angkat2 kening. haha. seronok wei. mse nada bonding night tu keajaiban berlaku. ceh ! xyah nak keajaiban sgt la. haha. Hadiah yg aku bagi org malam tu ialah bola kaca yg ade salji dalamnye tu. Jaga elok tau snowcrystal ball aku tu. hihi...Lepas tu ade malam kteorg lepak mcd. first time lepak mcd malam2 kt palam.
batch meeting
mcd time
Awal2 bulan kteorg ade p secret recipe dkt dgn econsave. 1st time pegi situ. aku makan lasagna. sedap tapi mkn byk2 muak pulak. then kteorg menyengal kat rumah. cecomel je sume org.
october 12
peristiwa paling best adalah pegi mandi air terjun ulu yam. aku kalau bab pegi mandi manda mmg suka. cantik view kat situ. sangat best. entry ni gak dah diupdate.
setelah 7 minggu xbalik rumah akhirnya aku jejak gak kat uma time cuti mid sem. mase raya haji. mase ni kakak sedara aku (syahidah) bertunang. theme biru.
november 12
naik cuti mid sem ade nada esteem building. best moments. sekejap je pegi sbb 1 hari. kalau lame msti lagi best. macam2 jadik. tatau nk describe feeling dia cmne. haha. mase ni aku ade buat rakit.balik dr esteem building kena buat esei lagi. haha
group 6 - kuih lapis
naik rakit. hee
bulan ni gak ade dinner nada. makanan sedap lagi2 kek dia. haish kecur air liur :* malam dinner tu baju aku lebih kurg baju pengarah program. hikhik. xsgke wo. pix dinner byk sgt. letak sikit jela k.
december 12
awal bulan aku ade balik kejap sbb mengenangkan aku bakal hadapi final exam awal tahun dpn. so bailk la sbb rindu plus lagi mmg dah xde mase nak balik. aku balik je nmpk kucing aku dah breanakan 3 ekor baby kucing. comel gilos. ase nak picit je. geram sgt.lepas exam kalau aku balik msti besar sikit da.
bulan ni gak aku + osmate buat video mandarin. mmg projek cd kne wat. aku as anzalna dlm cerita tu. haha.
kne gedik plak tp mcm xjdk sbb xreti la. hekk !
ekin as beto !
lepastu pulak kakak sedara aku yg kt palong kahwin. xdpt pegi. sobsob. so aku amek pic dr org.
tahniah!
and last event utk 2012 adalah presentation health promo. memula mmg blur nak wat cmne. akhirnya selesai gak. and mark for prsentation ok jugak. kteorg buat event "say no to cigarrete"
tamat imbasan 2012. now aku kena fokus final exam sem 3. pray 4 me k. hope dis semester will be better than past 2 semester.amin.insyaallah :))
1 comment:
love it sebab gambar aku ada~!!
Post a Comment