Thursday, 27 February 2014

Ber-latihan Industri

Duapuluh tujuh haribulan satu dua ribu empat belas sampai duapuluh satu haribulan dua dua ribu empat belas (27/1/2014 - 21/2/2014) - ceh saja nak menulis panjang-panjang  padahal boleh je nak shortform..*haha - tarikh ni merupakan tarikh latihan industri aku dan tiga orang lagi coursemate bagi memenuhi subjek sem depan (end-a-di-enamlimatiga). 

Bermacam dugaan jugak lah nak carik tempat untuk berpraktikal ni dan akhirnya selesai jugak kitaorang ber-latihan industri. Pelbagai jerit perit dah dilalui sepanjang tempoh praktikal *ayat tak boleh belah sungguh..haha. Selama sebulan yakni 4 minggu terpaksa bangun pepagi gerak pergi tempat praktikal nun jauh jugak kat sana tu tapi tetap rasa bahagia jugak sebenarnya bila jumpa kanak-kanak kat sana. Macam-macam ragam. Sangat mencuit hati ok !

Abaikan background yang xberapa-nak-cantik tu ye :b

ok nak cerita pasal program yang kitaorang buat. Memang bwh subjek ni mintak kitaorang buat nutrition intervention programme untuk budak-budak kat sana. After berbincang then kitorang come out dgn 'games' disamping diorang jugak boleh learn pasal fruits & veggies. Kira program bermula dgn talk ringkas pasal piramid makanan malaysia kemudian terus 'games'. 'Games' terbahagi 4 section. Meh tengok gambar-gambar untuk setiap section :)

section 1 - lengkapkan food pyramid

section 2 - tentukan buah @ sayur

section 3 - makan sandwich

section 4 - quiz

They'olls semua seronok main games. Kitorang pon tumpang seronok jugak lihat diorang main. Kira tercapai la jugak target nak diorang hepi dgn buah dan sayur. Haha walaupun dkt part kena makan sandwich tu ade yg xrela tapi sanggup juga telan *kagum sampai cikgu sana pon terkejut bila tengok diorang makan sayur..ahaks. Bagos diorang ni tau :b Sekarang nak bagi gambar sepanjang program pulak ~

talk ringkas







Habis sudah berpraktikal di sini. Macam-macam kenangan ada kat sini. Memang konfem lahai rindu dekat tempat ni. Ohoi sedih pulak ~ Hokay lah sampai sini saja ~ end of story.  




Thursday, 2 January 2014

1st entry 2014 !

Hai ! Masih tak terlambat lagi kan nak wish 'new year'..So, Happy New Year guysss.............
also for ladies ! heheh.
Sekarang ni rasa sangat pantas masa berlalu. sekejap je setahun dah berlalu, now dah tahun baru 2014. Masuk tahun baru biasa lah typical degree students..Rata-rata semua memang sedang 'berperang' di dewan peperiksaan. So, here GOOD LUCK for all of you including me. 
(nasib jugak 'paper exam' aku mula lambat. heuheuheu)


Tahun baru ini kita buka buku baru la ye. Kisah baru. Jalan cerita yang baru. Amboi ~ ingat novel ! heheh. Walaupun kisah hidup aku sepanjang 2013 tak la seperti dalam novel tapi tetap ada kisah menarik yang tersendiri..ada cerita suka duka - ceria tangis yang terpalit menjadi kenangan. Terima kasih atas masa lalu yang banyak memberi pengajaran, panduan...semoga aku belajar dari kesilapan. Don't repeat the same mistake twice. Dan semoga juga tahun baru ini memberi aku semangat baru. Yes ! semangat baru sebab aku lemau semacam nak menghadapi peperiksaan ni..lol (bukti- sengaja curi masa update blog tanpa rasa bersalah menghiraukan buku-buku ilmiah yang melambai-lambai mintak dibaca..krik..krik..krikk)

Juga semoga tahun baru ini membawa seribu-satu kebaikan untuk diri ini serta untuk semua.

sebab aku suka hijau jadik aku pilih kaler hijau untuk 2014
(w/pon xde kena-mengena :b)