Saturday, 15 March 2014

Broga Hills


Aktiviti mendaki bukit broga ~ Fuh, letih bak ang. Memang mencabar jugak la aktiviti mendaki ni walaupun jarak pendakian hanya 1.7 km. Jarak masa dari kaki bukit ke puncak lebih kurang 1 jam tanpa henti..tapi kitaorang (berlima orang) ada berhenti jugak sekejap - sekejap membuatkan masa nak sampai puncak tu bertambah setengah jam..mana larat nak jalan je terus tanpa henti. Aku memula perjalanan tuh dah rasa nak pitam. Alhamdulillah selamat jugak naik dan turun puncak broga. Syukur :'). Tapi aku rasa cukup lah sekali aku panjat bukit broga ni. Tak sanggup rasanya nak naik untuk kali ke-2. Ahah.  Hasrat nak mendaki bukit broga ni dah lama dah. Dari sem-sem lepas lagi. Kali ni baru la tercapai. Tak kisah lah lambat tercapai hasrat tu asalkan akhirnya tercapai jugak and atlast dah merasa lah mendaki sejauh 1.7 km. Kami gerak dari puncak alam pukul 3.30 pagi tau. Nasib ada bantuan gps, dapatlah sampai sana lebih kurang 5.15 pagi. Tersangat lah gelap masa sampai tu. Lengang. Hanya kami dan 2 buah kereta lain je yang ada. Lepas kami sampai kat puncak yang first tuh baru la nampak ramai-ramai org berdedai-dedai naik. Awesome sangat permandangan dekat atas bukit :)



sampai-sampai atas bukit pon masih lagi gelap

Actually, dekat sini ada dua tempat. First adalah bukit broga sejauh 1.7 km yg aku ckp kat atas tadi tapi korang boleh teruskan perjalan ke Gunung Tok Wan sejauh 4.8 km (if not mistaken lah). Masa kami tiba di puncak broga tu kami reramai ingat masih ada lagi 400m kehadapan tau sbb baca signboard. Alih-alih bila jalan punya jalan sekali dah terlebih. Rupanya tu laluan nak ke gunung tok wan. Habis kena patah balik -.-

ini lah signboard tu. Mengelirukan sungguh -.-

Ini masa kitaorang dah terlebih naik. Muka letih dah tapi tetap senyum (",)

Tak rugi pon mendaki bukit broga ni sebab pemandangan sangat cantik. Serious. After lepak-lepak kejap atas bukit kitaorang pon gerak turun bukit sambil tangkap gambar buat kenangan. Here, gambar scenery sepanjang atas bukit sambil fefeling ala model. Hihi























No comments: