Saturday 13 August 2011

pENGuin

Nak bercerita sikit tentang penguin..tapi knape penguin?
Sebab penguin tersangatlah unik. Lepas tu kecil dan comel. Walaupun kecil tapi mampu hidup di kutub selatan yang sejuk melampau tu. Dan lagi satu sebab aku dengar penguin pencinta setia. Eceh..ihiks

Aku penah lah terdengar lama dulu yang "PENGUIN PENCINTA SETIA" tapi taktahu pulak kesahihannya..sekali aku google-google jumpa pula orang menulis tentang penguin ini..
Memang penguin haiwan yang setia kerana
penguin hanya berpasangan sekali seumur hidup :)
Dekat sini pula nak bercerita serba sikit tentang penguin.
Penguin adalah haiwan yang hidup di kawasan yg bersuhu rendah..tempat sejuk la..lebih sejuk dari peti ais rumah korang tu...haha !
Bila seekor penguin betina bertelur... penguin jantan akan mengeramkan telur itu selama 65 hari tanpa bergerak pada suhu dibawah paras beku 30-40 darjah celcius..
Penguin betina akan pergi mencari makanan utk suami dan anak nya semasa penguin jantan mengeramkan telurnya..
Selama mengeram,penguin jantan akan kehilangan 1/3 daripada berat badannya.. tengok ! betapa besarnya pengorbanan yg dilakukan oleh penguin jantan...:)

A happy family of penguin
iye-iye je
manalah ekau tahu mira oi ini keluarga penguin..haha
..

No comments: