Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

Saturday, 30 November 2013

Panduan mudah untuk kekal sihat

(sumber rujukan: KKM)


JOM Amalkan 55555


1. Makan 5 kumpulan makanan setiap hari (roti & bijirin, sayuran & buah-buahan, ikan/ayam/daging & kekacang serta susu & produk tenusu)

2. Makan 5 sajian buah dan sayur setiap hari 
- contoh: epal & lai saiz sederhana sebiji dan 3 senduk sayur hijau

3. Hadkan kepada 500 kalori sahaja untuk setiap waktu makan
- contoh: sarapan 500 kcal
(  Mi goreng - 280 kcal, karipap 1 biji - 128 kcal, teh 'o' - 60 kcal )
- contoh: makan tengahari 500 kcal
( Nasi 1 pinggan - 225kcal, Ayam kari - 220 kcal, sayur goreng - 45 kcal, air kosong )
- contoh: makan malam
(Nasi 1 pinggan - 225 kcal, ikan masak asam pedas - 160 kcal, sayur goreng - 45 kcal, epal - 60 kcal, air kosong )

4. Hadkan 5 gram atau 1 sudu teh gula sahaja untuk minuman manis

5. Bersenam 5 kali seminggu selama 20 - 30 minit ( jogging, berjalan pantas, aerobik, turun naik tangga, berbasikal, berkebun, menari)

p/s: ayuh amalkan cara hidup sihat!




Sunday, 10 November 2013

Kebaikan antioksida


Hai ! Apa khabar ? Harap sihat sentiasa ye. Taknak meleret terlalu panjang jadi mira 'straight to the point' jela ye. Kali ini nak berkongsi pasal kebaikan antioksida. Dulu mira ada kongsikan pasal jus green monter di link ini --> resipi jus green monster yang tinggi kandungan antioksida tapi takde beritahu pon kebaikan antioksida. Mesti ada yang tertanya apa kebaikan antioksida kan sampai mira kongsi kan resepi tu.

Jadi kepada sesiapa yang masih tak mengetahui kebaikan antioksida, kenapa kena ambil antioksida, untuk apa antioksida ini, boleh lah dapat sedikit info dari 'entry' kali ini. heee ~

Antioksida ini berperanan untuk menstabilkan radikal bebas dalam badan. Radikal bebas terbentuk melalui tindakbalas biokimia dalam badan samada melalui makanan yang kita telan, udara yang telah tercemar yang kita sedut, cahaya matahari ataupun pencemaran radiasi.

Antioksida dipercayai dapat melindungi tubuh dan memperlahankan pemusnahan sel yang disebabkan oleh proses pengoksidaan. Ia memperkukuhkan ketahanan sel badan dan merangsang pembaikan sel dengan pantas dan juga dapat membaiki DNA yang rosak akibat radikal bebas.

Antioksida juga terbukti dapat memperlahankan proses penuaan kerana antioksida adalah pembersih dalaman badan iaitu penyahtoksin dan pengawet muda dengan meneutralkan radikal bebas.

Antara contoh antioksida ialah vitamin A,C, E, likopena, lutein, beta karotena dan selenium. Vitamin C boleh ditemui dalam buahan citrus seperti buah oren, strawberi, anggur dan kiwi juga terdapat dalam sayur kobis dan bayam. Likopena banyak terdapat dalam betik, tomato, tembikai, aprikot dan jambu batu. Lutein banyak terdapat dalam sayuran berdaun hijau sepeti kobis, bayam dan kailan. Beta karotena biasa didapati dalam makanan semula jadi yang berwarna jingga seperti lobak merah, buah pic, labu, ubi keledek dan mangga. Nasi dan gandum merupakan sumber utama selenium.

Secara kesimpulannya, buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin merupakan antara makanan yang tinggi antioksida. Dibuktikan makanan yang mengandungi antioksida membantu mengekalkan kesihatan dan mencegah pelbagai jenis penyakit yang kita hadapi pada masa sekarang ini. 

Setiap hari kita terdedah dengan faktor-faktor yang menghasilkan radikal bebas. Oleh itu, sangatlah penting untuk kita mengambil makanan semulajadi yang kaya dengan antioksida. Kenapa mira tekankan makanan semulajadi ? Sebab sekarang ramai yang sudah mengetahui kebaikan antioksida ini menghasilkan banyak produk-produk supplemen antioksida untuk dipasarkan. 

Cuba je google, nescaya banyak sangatlah produk yang 'claim' mengandungi antioksida. Tapi mira nak beritahu dekat sini supplemen antioksida tidak memberi kesan yang memberangsangkan untuk jangka masa yang panjang. Atau ringkasnya tidak memberi faedah untuk masa hadapan.

Sebenarnya KKM telah keluarkan 'malaysian dietary guideline' yang mana kita disarankan mengambil 3 hidangan sayur dan 2 hidangan buah-buahan setiap hari mengikut piramid makanan malaysia. Jumlah ini sudah memadai untuk nutrient yang kita perlukan setiap hari. Dan ianya cukup untuk membekalkan antioksida yang kita perlukan setiap hari. 

Jadi marilah kita amalkan makan buah dan sayur setiap hari :)


makanan kaya dengan antioksida

sumber:


3. http://www.myhealth.gov.my/v2/index.php/ubat-a-anda/fakta-ubat/antioksida

Monday, 4 November 2013

Makanan Membantu Meringankan Masalah Perut

9 Makanan Membantu Meringankan Masalah Perut :
(sumber dari Nutritious@EatNutritious)
- gambar-gambar semua adalah hasil carian google imej -

1. Pisang
- Kaya dengan serat dan membantu membuang toksin dalam badan serta menghilangkan ejen penyebab penyakit.




2. Halia
- Merupakan perubatan tradisional bagi menghilangkan rasa loya dan meningkatkan kesihatan penghadaman.



3. Yogurt putih/kosong
- Meningkatkan bilangan bakteria baik di dalam usus, melancarkan proses penghadaman dan juga mengurangkan kembung.



4. Betik
- Membantu melancarkan penghadaman, meringankan senak perut dan membantu mengelak sembelit.


5. Oatmeal
- Baik untuk meringankan cirit-birit.



6. Nasi putih/Roti
- Membantu meringankan cirit-birit.

  


7.  Teh
- Merupakan antioksida yang meringankan kekejangan dan senak perut.



8. Sup Ayam
- Mengembalikan cecair semulajadi badan dan keseimbangan elektrolik dalam badan.


9. Sos epal
- Baik bagi membantu memulihkan cirit-birit.







Tuesday, 29 October 2013

Pengurusan Masa


I learned a new thing in my lecture class previous few weeks..so I wanna share it to my readers ~

What I wanna share is about TIME MANAGEMENT..
we all know that time management is so important in every day life..without proper time management we'll become stressful and tiring.

So how to manage time effectively?  

Practically u can use STEPHEN COVEY TIME MANAGEMENT MATRIX..It is simple and straight forward planning tool. You just need to understand the concept and put your works/plans/things in the right quadrant.

There have 4 quadrant where:
first is for important & urgent.
second is for important not urgent.
third is for not important & urgent.
fourth is for not important not urgent.

Here, examples of covey's matrix time management

(sumber: google)

(sumber: google)

I hope this info give benefits for us.
Lets we all practices using this planning tool ! who knows you can be more systemic..tralalala ~


Friday, 18 October 2013

Neutropenic Diet



Ini merupakan aku punya assignment yang diberi oleh my lecturer.
 Him ask to write about neutropenic diet just about 500 words. Alah li-ma ra-tus je pon. Je Pon. Eceh. Sungguh masa buat ni nak capai lima ratus tu punya la rasa payah. Lagi masa aku nak menulis tentang benda ni ada yg mengacau. Lama la aku ambil masa untuk siapkan esaimen ni. So, here aku punya ringkasan tentang neutropenic diet. Memang betol-betol lima ratus perkataan cuma ada la lebih dalam lima belas perkataan. hehehe. Feel free to read. 

picture: google image



Neutropenic diet is recommended for patients who have undergone chemotherapy or other treatment for cancer. It is special diet for patient that having neutropenia which have a weak immune system. Neutropenia is condition when neutrophils level in the blood is below than 500 cells per mm cube. Neutropenia may caused by cancer and cancer treatment. About 50% of people that receiving chemotherapy has neutropenia. Neutropenia can cause patients get infections easily because they do not have enough neutrophils to destroy the harmful pathogens. Most of these infections can affect lungs, mouth, throat, sinuses or skin. Neutropenic diet should be followed by the patient until the doctor tells patient to resume his or her regular diet. Typically, patients undergoing autologous stem cells transplant will follow this diet during pre-transplant chemotherapy and for the first three month after transplant. Patients that need to undergo allogenic stem transplant also need to follow neutropenic diet during pre-chemotherapy until they no longer take immunosuppressive drugs. People who have being treated for HIV/AIDS and who have had organ transplant also need to follow this diet.

Many kinds of germs can be found in the foods and beverages that can cause illness. Patient that has neutropenia can be easily infected by these kinds of germ that reside inside the foods and beverages. So, the neutropenic diet aim’s to protect bodies from harmful bacteria and other organism which are found in certain foods and beverages. There are some general precautions or basic guidelines about neutropenic diet. Raw meat, fish and uncooked or undercooked eggs should be avoided. Meats should be buying from vacuum-packed lunch rather than freshly sliced meats. Meat should be cooked until it is well-done and eggs should be thoroughly cooked. The egg yolks should not be runny. Uncooked vegetables should not be eaten. Salads also should be avoided. Raw nuts should not be taken. So, try eating baked or roasted nuts instead freshly consumed it. Fresh fruit also should be avoided. Eat only fruit that a thick skin can be peel off.  Only pasteurized milk, yogurt, cheese and other dairy products can be consumed.  Else, it is important for patient to drink clean water. Tap water at home is safe. If bottled water it must be distilled, labelled reverse osmosis or be filtered through a 1 micron filter. If it well water it should be boiled at least one minute. While handling or cooking food, hands should be washed regularly. The cooking surfaces and utensils need to be clean to avoid infections. 



picture: google image

In neutropenic diet, it is important to using pepper, salt and other herbs and spices while cooking food because they are beneficial as they help in fighting of infections. Neutropenic diet recipes should always be prepared by using herbs and other seasoning or low sodium seasoning. Neutropenic diet has recommend foods that can safely consume include bread rolls, muffins and donuts without buts. Another also potato chips, french toast, popcorn, crackers, cooked pastas and rice. Whole milk, buttermilk, homemade milkshakes, commercial frozen milkshakes, packaged cheese like mozzarella, parmesan and cheddar can be eaten. Also canned juices and canned fruits are safe to consume.


picture: google image


sumber: 
http://www.lls.org/diseaseinformation/managingyourcancer/treatmentnextsteps/foodnutrition/neutropenicdiet/  

http://www.diethealthclub.com/types-of-diet/neutropenic-diet.html

Neutropenia handout.pdf

NeutopenicDiet.pdf © UPMC 2008 SYS329920 JPL/SZ REV 5/08 Form# 6023-82191-0508


Tuesday, 15 October 2013

Breast Cancer Awareness


Seperti yang diketahui umum..bulan sepuluh merupakan bulan kesedaran kanser payudara antarabangsa.

hah?! bile ? xtahu pon ?


Ha takpe pon kalau taktahu...sekarang dah tahu kan..ehehe ~ Buat pengetahuan semua bulan 10 adalah khas bulan kesedaran kanser payudara atau pun "Pinktober". Sebab apa pilih warna pink aku pon taktahu. Kot-kot ada yang tahu kenapa bagilah tahu ye. Kanser-kanser lain juga ada warna ribbon yang tersendiri. Tak caya bole gugel. Contoh, emerald green for liver cancer. Dark blue for colon cancer.

Bersempena dengan national breast cancer awareness month ini telah diisytiharkan pada 13 oct yang lalu 'No Bra Day'. Uish..ada yg participate x ?ahah. Maybe lah disebabkan ada cerita-cerita yang memberitahu pemakaian pakaian dalam penyebab kepada kanser payudara. Sahih ke tidak xdapatlah pula nak dikenalpasti. But overall I think ada lah juga institituonal effort untuk memberi kesedaran kepada orang ramai tentang kanser payudara.

So dekat sini nak bagi info sedikit tentang kanser payudara. Mari kita mengambil tahu tentang kanser payudara. Nak tahu dengan lebih mendalam boleh je search internet. Banyak je info tentang kanser payudara ni.

Kanser payudara merupakan penyakit dimana sel-sel kanser tumbuh dalam tisu-tisu payudara. Ianya boleh menyebabkan ketumbuhan (benign) yang tidak berbahaya hanya perlu dibuang sahaja melalui kaedah surgikal ataupun kanser (malignan) yang boleh merebak ke serata bahagian tubuh yang lain.

Faktor risiko yang tinggi :
1. Umur
Pesakit yang lebih tua memiliki risiko yang lebih tinggi. 1 daripada 500 wanita dalam umur 30'an mempunyai kebarangkalian yang tinggi mendapat kanser payu dara. Namun begitu, angka ini meningkat kepada 1 dalam 50 orang apabila umur menjangkau 40 - 45 tahun.

2. Sejarah keluarga
Terdapat juga beberapa bukti bahawa penyakit ini boleh diwarisi tetapi peranan genetik di dalam hal ini masih belum difahami sepenuhnya. Wanita yang mempunyai ibu atau anak perempuan atau kakak/adik yang menghidap penyakit ini mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat kanser payudara

3. Sejarah mengidap kanser
Pernah menghidap kanser payudara sebelum ini. Ini mungkin merupakan faktor yang penting dalam pembentukan kanser payudara.

4. Pernah menghidapi penyakit payudara benigna proliferatif
(sumber: http://www.nuclearmalaysia.gov.my/puspanita/knk/kesihatan/Microsoft%20Word%20-%20Kanser%20Payu%20Dara.pdf)

Faktor risiko sederhana:
1. Sejarah haid
Perempuan yang datang haid lebih awal dan lewat putu haid memiliki yang lebih tinggi untuk mendapat pentakit ini. Terbukti bahawa wanita yang telah melalui masa haid lebih 40 tahun menpunyai 2 kali ganda risiko untuk mendapat kanser payudara berbanding mereka yang melalui haid dalam masa yang pendek.

2. Sejarah kelahiran
Wanita yang tidak memiliki anak atau melahirkan anak pertamanya pada usia yg lanjut memiliki risiko yang lebih tinggi untuk memperolehi penyakit ini. Adalah dipercayai disebakan oleh pendedahan kepada estrogen yang berlebihan.

3. Estrogen eksogenus
Wanita yang pernah mengambil estrogen dalam bentuk pil perancang keluarga ataupun terapi penggantian estrogen lebih berisiko untuk memperolehi kanser payudara.

4. Pernah mendapat kanser ovari atau rahim

5. Alkohol
Terdapat kajian yang telah menunjukkan bahawa ada kaitan di antara pengambila alkohol dengan risiko pembentukan kanser payudara.
(sumber: http://www.nuclearmalaysia.gov.my/puspanita/knk/kesihatan/Microsoft%20Word%20-%20Kanser%20Payu%20Dara.pdf)

Faktor risiko lain yang sederhana:
1. Diet yang tinggi lemak
(sumber: http://www.nuclearmalaysia.gov.my/puspanita/knk/kesihatan/Microsoft%20Word%20-%20Kanser%20Payu%20Dara.pdf)

- Harap info ini bermanfaat. Bagi sesiapa yang berisiko boleh la pergi buat breast cancer screening.

 

Wednesday, 18 July 2012

jom belaja !


nak belajar ape eks ?!
haha
~ jom belaja ikat tie ~
bole praktik
nantikan nak ikat tie untuk hubby
hukhukhuk




Wednesday, 29 February 2012

oh NO ! JERAwat

to all girls like me (girls lagi ke..?!)tak kesah la kan..yg ladies cm aqu ni msty takan penah lari dari masalah kemunculan jerawat kan...kepada yg tade mslh ni mmg sgt seronok...korg patot bersyukur tahu ! mmg t'sgt tension bila jerawat tu muncul lagi2 time ade event...mau aqu m'bebel tak henti "knape la kau jerawat muncul time cenggini" "taleh muncul time lain ke..?" "kau jerawat mmg suka rosak kan gambar aqu kan" & bermacam panjang lagi la...takan aqu nak tulis kat sini pulak kan..bila jerawat ni muncul aqu ase nak tonyoh2 picit2 je bg pecah tp org kata jgn pecahkan takot melarat..hmmm +_+

bebas dari masalah jerawat ni sgt la diidam-idam kan oleh semua perempuan...semua kalau boleh mmg nak kulit licin + putih (ni tak dpt tolong sgt la kalau dah mmg semulajadi gelap )...aqu nk putih tu xbpe sgt la sebab aqu tau kulit aq mmg tak bape putih pon so redo jela tp yg penting kulit bersih licin tade la ttbe parut jerawat bertepek kat muka + jerawat baru lagi nak naik...hoooo ! dasat and xsanggup ok !

d'sebabkan sebijik jerawat yg berani  mencemar duli telah naik kt muka aqu maka aqu dengan rela hati nak berkongsi tips nak hilangkan jerawat...kalau berkesan bole praktik kan..hehe ~

1. Susu Tepung
bancuh sesudu susu tepung dengan sedikit air. tepek pada keseluruhan muka setiap malam.
setelah kering, bilas dengan air suam. amalkan setiap hari

2. Asam Keping
rendam beberapa keping keping (dikenali juga asam gelugur) selama 1 malam. 
tumbuk beberapa helai daun pucuk jambu batu hingga halus.
campurkan kedua-dua bahan & sapukan keselurahan muka. amalkan dua kali seminggu

3. Benzoyl Peroxide
gunakan la produk kimia keluaran OXY ni

4. Tomato
basuh muka dengan air suam. kemudian, gosok muka dengan tomato masak.
biarkan ia kering, kemudian bilas dengan air suam

5. Bedak sejuk
amalkan memakai bedak sejuk setiap malam

ok la...sampai disini saje...kena try buad kalau nak tahu berkesan ke tak..hihi !

Thursday, 3 November 2011

mata oh mata

nie kisah malam semalam yg buad an pagi aqu harini t'amatlah ngantuk saat lepas tamat kelas principle of nutrition pukul 10.30 pagi tadi..

kenapalah dah pukul 4.30 pg still mata aqu niyh tamo tutup2...bile nak tido ! grrrrrrrr
argggggghhh...tension !
aqu nak tido la !
dah la klas esok pukul 9.30 pg..heishhh
aqu xminum caffein pon lau nak ckp aqu xleh tido...

mata tolong la tutup and tido skrg..
plizzzzzzzzzzzzzzzzzzz
dear, u can...come on...

nilah yg berlaku semalam...area pukul 5 baru aqu berjaya melelapkan mata yg degil ni...huish
nak kongsi tips sikit "cara mudah untuk tido" kalau bole d'praktikkan la...
semalam bole pulak aqu hanya golek2 mane la nak tido kan..tapela...
lain kali try cara ni ok !

  1. minum susu sbb susu tolong release hormone yg merangsang otak utk tido...nama hormone tu kalau tak silap aqu melatonin...erkkkkk =.=  lupe ! <---- abaikan...tapi manela nak dpt susu kalau jenis macam aqu bukan kaki minum susu yg ad stok berkotak2...
  2. baca buku lagi2 buku pelajaran yg tebal2 ok...ni konpem kau tengok buku tu je kau dah sangap/menguap...kalau student cam aqu buku anatomy tu mmg sesuai bangat la hoi..tepu pale otak tengok buku tu..haha!(bukan buku anatomy je..semua buku skrg ni aqu blaja sbnrnye bole wat aqu sangap...eish3) tp semalam aqu lupe pulak nak buad cara ni..kalau x sure tido kot...tapi tape nnt aqu try cara ni..sape2 nak try n nak kongsi hasilnya nnt pon bole... :P
  3. mecoret/menulis..tak kesah kat mane2 tp jgn kat tmpat yg xsepatutnya la..pandai2 pk kat mane sbb semalam lepas aqu menulis kat netlog bout aqu yg taleh tido ni then aqu off lappy pastu letak pale atas bantal..dah bole tido w/pon aqu xbpe lagi ngantok mase tu...mungkin sebab mata aqu yg dah penat mse tu hadap komputer lama2...mata pon tahu penat oke ! ="= (fakta ni xbpe bole pkai..kikiki)
  4. amek feel tido...ni x p pk macam2 dlm otak tu mane nak tido...pejam mata bygkan ngah tido msti tido.. ni x berangan tah ke mane cmne nak tido ?! berangan jumpe prince charming la..esok nak p makan mdc la..haishhhh....
  5. last skali kalau bole pakai cara ni...time nak tido pakai stokin tp aqu tatau kesahihannya sebab aqu xpenah buad...tp stlh aqu mencari2 agak logik kat situ...kita perlukan suhu yg xterlalu sejuk n xterlalu panas..m'mndgkan mlm2 ni sejuk + kipas pasang volume 5...haaa hamek kau meringkut - ringkut nak tido..so dgn stokin tu kira bole la rase panas sikit...pakai selimut skali jgn lupa ! msty syok je tido..hehe
sampai sini jelah aqu mencoret...apa2 yg baik bole d'jadikan teladan..yg buruk jadikan sempadan...cehhhh ! k adios !



Tuesday, 13 September 2011

kULIah..LecTurE..kULIah..


A dietitian is a health care professional who focuses on proper food and nutrition in order to promote good health. They supervise the preparation and service of food, develop modified diets, participate in research, and educate individuals and  groups on good nutritional habits.The goals of dietitians are to provide medical nutritional intervention, and to obtain, safely prepare, and serve and advise on flavorsome, attractive, and nutritious food for patients, groups and communities. Dietary modification to address medical issues involving dietary intake is a major part of dietetics (the study of nutrition as it relates to health). For example, working in consultation with physicians and other health care providers, a dietitian may provide specific artificial nutritional needs to patients unable to consume food normally. Professional dietitians may also provide specialist services such as in diabetes, obesity, oncology, osteoporosis, paediatrics, renal disease, and micronutrient research.
Different professional terms are used in different countries and employment settings, for example, clinical dietitian, community dietitian, dietetic educator, foodservice dietitian, registered dietitian, public health dietitian, therapeutic dietitian, or research dietitian. In many countries, only people who have specified educational credentials and other professional requirements can call themselves "dietitians" — the title is legally protected. The term "nutritionist" is also widely used; however, the terms "dietitian" and "nutritionist" should not be considered interchangeable — the training, regulation and scope of practice of the two professional titles can be very different across individuals and jurisdictions.
so kat atas nie la meaning for dietitian..paham x ? buad buad jela faham oke.. :P
skunk aqu nak write bout courses yg aqu kne amek untuk 1st sem niyh tau !..17 unit kredit lau xsalah aqu..heeeeeeeee ~ lupe maap maap maap....


                                                    ANP405 ----> Anatomy & Physiology 1
                                                          NAD401 ----> Biochemistry
                                                     NAD404 ----> Principles of Nutrition
                                                        NAD413 ----> Food Science
                                                  CTU551 ----> Islam & Asian Civilization
                                                       BEL492 ----> Presentation Skills
                                                 HBU119 ----> Red Cresent Society 1
    yeAHH..inilah subjek2 yg aqu amek untuk 1st sem ni....seronok kot ?! hahahha...bole la..aqu cube untuk minat bab ini mase depan aqu...bakal jadik kerjaya aqu..so aqu kene lah study betol2...taleh nak rilek2...pray 4 my success oke....