Showing posts with label Nutritious. Show all posts
Showing posts with label Nutritious. Show all posts

Sunday, 10 November 2013

Kebaikan antioksida


Hai ! Apa khabar ? Harap sihat sentiasa ye. Taknak meleret terlalu panjang jadi mira 'straight to the point' jela ye. Kali ini nak berkongsi pasal kebaikan antioksida. Dulu mira ada kongsikan pasal jus green monter di link ini --> resipi jus green monster yang tinggi kandungan antioksida tapi takde beritahu pon kebaikan antioksida. Mesti ada yang tertanya apa kebaikan antioksida kan sampai mira kongsi kan resepi tu.

Jadi kepada sesiapa yang masih tak mengetahui kebaikan antioksida, kenapa kena ambil antioksida, untuk apa antioksida ini, boleh lah dapat sedikit info dari 'entry' kali ini. heee ~

Antioksida ini berperanan untuk menstabilkan radikal bebas dalam badan. Radikal bebas terbentuk melalui tindakbalas biokimia dalam badan samada melalui makanan yang kita telan, udara yang telah tercemar yang kita sedut, cahaya matahari ataupun pencemaran radiasi.

Antioksida dipercayai dapat melindungi tubuh dan memperlahankan pemusnahan sel yang disebabkan oleh proses pengoksidaan. Ia memperkukuhkan ketahanan sel badan dan merangsang pembaikan sel dengan pantas dan juga dapat membaiki DNA yang rosak akibat radikal bebas.

Antioksida juga terbukti dapat memperlahankan proses penuaan kerana antioksida adalah pembersih dalaman badan iaitu penyahtoksin dan pengawet muda dengan meneutralkan radikal bebas.

Antara contoh antioksida ialah vitamin A,C, E, likopena, lutein, beta karotena dan selenium. Vitamin C boleh ditemui dalam buahan citrus seperti buah oren, strawberi, anggur dan kiwi juga terdapat dalam sayur kobis dan bayam. Likopena banyak terdapat dalam betik, tomato, tembikai, aprikot dan jambu batu. Lutein banyak terdapat dalam sayuran berdaun hijau sepeti kobis, bayam dan kailan. Beta karotena biasa didapati dalam makanan semula jadi yang berwarna jingga seperti lobak merah, buah pic, labu, ubi keledek dan mangga. Nasi dan gandum merupakan sumber utama selenium.

Secara kesimpulannya, buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin merupakan antara makanan yang tinggi antioksida. Dibuktikan makanan yang mengandungi antioksida membantu mengekalkan kesihatan dan mencegah pelbagai jenis penyakit yang kita hadapi pada masa sekarang ini. 

Setiap hari kita terdedah dengan faktor-faktor yang menghasilkan radikal bebas. Oleh itu, sangatlah penting untuk kita mengambil makanan semulajadi yang kaya dengan antioksida. Kenapa mira tekankan makanan semulajadi ? Sebab sekarang ramai yang sudah mengetahui kebaikan antioksida ini menghasilkan banyak produk-produk supplemen antioksida untuk dipasarkan. 

Cuba je google, nescaya banyak sangatlah produk yang 'claim' mengandungi antioksida. Tapi mira nak beritahu dekat sini supplemen antioksida tidak memberi kesan yang memberangsangkan untuk jangka masa yang panjang. Atau ringkasnya tidak memberi faedah untuk masa hadapan.

Sebenarnya KKM telah keluarkan 'malaysian dietary guideline' yang mana kita disarankan mengambil 3 hidangan sayur dan 2 hidangan buah-buahan setiap hari mengikut piramid makanan malaysia. Jumlah ini sudah memadai untuk nutrient yang kita perlukan setiap hari. Dan ianya cukup untuk membekalkan antioksida yang kita perlukan setiap hari. 

Jadi marilah kita amalkan makan buah dan sayur setiap hari :)


makanan kaya dengan antioksida

sumber:


3. http://www.myhealth.gov.my/v2/index.php/ubat-a-anda/fakta-ubat/antioksida

Saturday, 2 November 2013

RESEPI: JUS 'GREEN MONSTER'


HELLO!
Kali ini aku nak kongsikan cara-cara membuat jus 'green monster'. Resepi ini aku ambil dari fb diet bersama dietitian syima. Bolehlah kita sama-sama mencuba.


RESEPI JUS 'GREEN MONSTER' - health boost juice. Merupakan jus yang tinggi antioksida.

Bahan-bahan (hidangan seorang)

1 biji epal hijau (yang besar)
1/4 biji timun jepun atau biasa
1/4 batang saderi
1 helai daun kailan
1 helai daun salad
Sedikit lemon (perah)
Daun mint

Boleh menggunakan jus extractor ataupun pengisar. Sedap diminum sejuk

(shared from fb diet bersama dietitian syima)

Selamat mencuba!
p/s: Jus ini available dekat cafe citarasa era (econsave jalan reko).
Aku pon belum pernah cuba & rasa jus ini. Sesiapa yang dah pernah cuba ataupun rasa bolehlah komen bagitau :)