Showing posts with label Leisure. Show all posts
Showing posts with label Leisure. Show all posts

Friday, 4 September 2015

sungai klah hotspring

hello ! trip yang dirancang seminggu sebelum terlaksana. hehe. ni adalah plan ex-roomate aku dimana aku ke uitm puncak alam untuk mendapatkan mini akademik transkrip. yela aku ni certificate takda lagi sebab belum konvo jadiknye perlu mini transkrip ni as bukti tamat belajar dan ada butir2 result yang perlu untuk memohon kerja. sekejap kan 4 tahun aku belajar. fuhh xpercaya kau. itu lah tapi nak buat camne mmg dah tamat dan keputusan sem akhir pon dah keluar. Alhamdulillah aku finish study ikut waktu dan xde paper sangkut. syukur :'). Eh, takmau cite result la nak cite short vacay ni.


Alang-alang dah ke sana (uitm tuh) aku singgah or tak aku menumpang 2 malam di rumah my friend dekat tanjung malim. Thankyou buddy bagi tumpang tidur,makan dan berjalan - jalan. Next time please come to my house pulak. boleh aku bawak jalan- jalan ok. Hehe. tanjung malim ni dah dekat dah dengan sungai klah hotspring ni. Aku pegi sini hari selasa. weekdays so tak la ramai org. selesa nak mandi dan xberebut dgn org. ada pakcik jaga tmpt ni cakap kalau weekend boleh cecah 6 ribu orang. giler sesak camtu. tempat ni cantik. serius cantik. recommended tempat lah kalau nak bermain air dan leisure2. haha. Tiket  dewasa RM15.00 per person. Tapi dekat sini tak dibenarkan bawak makanan. so whether makan siap-siap dulu before mandi or lepas mandi baru makan,. ade kafe tapi aku xsinggah lah sbb kitaorg ade plan nak mkn kat tmpt lain. weeee~

 location map. luas jugak tempat ni. dia siap ada kawasan air panas dan air sejuk. air panas ade kolam terbuka dan jugak air panas berperingkat. lepastu ade villa untuk sesape yang nak stay. villa dia giler cantik dan ade private jakuzi. fuyooo. seronok berendam dalam air panas dan sejuk ^,^


ini pengangkutan yang ade. dia angkut dari kaunter tiket ke lokasi mandi manda. tapi sebenarnya boleh je nak jalan kaki dari kaunter tiket sebab xjauh sangat pon sebenarnya. kami mengada sebab takde orang so boleh la sesaje nak naik kereta ni. hehe


yang ni memang tempat aku teruja sekali which dia ada kolam air panas berperingkat suhu dan batu-batu yang orang buat terapi kaki tu dan kat batu - batu tu ada air panas mengalir. peh best sangat. tapi tak boleh berhenti lama dekat satu-satu batu sebab panas. xtahan. dia kena keep jalan je sepanjang batu tu. baru syok. kolam air panas dia pon best. sempat masuk yang 30 - 35 darjah celcius je. Lepas mandi air panas ni berpeluh- peluh beb. penat la jugak mandi air panas. haha





dua atas ni kolam mandi terbuka. Yang atas tu air sejuk yang bawah air panas. seronok jugak berendam lama-lama dekat sini. kawasan air pon agak luas bebas ke sana ke mari dengan tak ramai orang nye. syokk wo !




ini sekitar kawasan mandi. banyak pondok-pondok kecil untuk dduk berteduh ke sembang- sembang ke. kira kalau hari hujan boleh la lepak bawah pondok. hahaha. ok tu sajelah entry kali ni. babai

Monday, 6 October 2014

Le memoir ~ classmates


~ Entry bergambar

sedang berkumpul..taklimat dari ketua program..hahaha (-.-)


classmates yang super duper havoc :p

Sebenarnya ini aktiviti bersama classmates which is berpiknik di air terjun sungai sendat, ulu yam.. Boleh tahan jauh jugak nak ke sana..Lebih kurang 1 jam plus-plus..Kami pergi dengan 6 buah kereta so total 27 orang yang pergi.. tak semua budak kelas dapat pergi sebab ada hal-hal yang xdapat nak dielakkan..tak ape lah...lain kali mungkin boleh gather lagi bersama-sama...

ini 1 kereta..kereta Miss A & Mr A (hehe :P)



Piknik kali ni sempat ber'bbq tau...sedap giler ayam yg diperap tuh..memang terbaik lah ! pandai sungguh cari resepi..eh, nnt boleh kongsi resepi tau :b


Main event mestilah bermandi-manda tapi lebih kepada mengambil gambar...gambar kenangan la kata kan..bukan selalu dapat keluar reramai sama-sama macam ni..







Semua enjoy & happy dapat kumpul ramai-ramai camni..Harapnya ada lah gather kali kedua nnti..hehe

Monday, 25 November 2013

Happy Weekend


Hai ! Hai ! Hai !
Nak berceloteh tentang hujung minggu lepas. Weekend yang superb ! :)
Very de ohsem weekend..hihi
sebab aku dgn housemates pergi berais-skate di sunway piramid.
Ini pertama kali tau aku main ice-skating. Tak pernah nak cuba langsung pon sebelum ni sebab xreti pon main kasut roda tu. Dan sebenarnya aku xpernah main pon roller blade tuh. hehe.
Ice-skate ni best giler pulak tapi bila balik aje rumah memang habis la sakit-sakit seluruh badan. First timer biasa lah jatuh banyak kali. Aku melangkah masuk je dah nak tergolek kau tau. Naseb ade pkcik tepi tu paut lengan aku tapi last-last aku tergolek jugak depan tuh. hahah. Lebih kurang 10 kali jugak aku jatuh rasanya. huhuh. Malu dah letak tepi je beb.Kalau jatuh tu buat muka comel je sebab nak cover malu. keh2. padahal sebab nak cover dah terjerit kuat-kuat masa jatuh tu. tak boleh nak kawal 'volume' lah. kalau nak jatuh tu mesti terjerit. Eish.
Tapi aku rasa masa berais-skate tu aku dah xnampak orang pon. aku dok pandang bawah je sbb kalau aku pandang lurus depan konpem kejap lagi tergolek macam ape. Ahah
Walaupun jatuh banyak kali tapi best la. Tak rugi pon. **Serius cakap nih..ngeh3

Sum up the day's pictures 










Saturday, 28 September 2013

sg inki & aeon


haiiii ! haiii ! baru harini berkesempatan nak update blog...maaf la lambat nk update cerita kt blog...hahak..puffft...cam ade pembaca setia yg tertunggu-tunggu je...perasan sgt..hohoh...

ini cerita last weekend...disebabkan baru 2 minggu naik sem baru maka xde la busy sgt dgn segala macam keje so aku berserta budak2 rumah pon plan a vacation...hanya pergi mandi manda di sg inki & bershoping di aeon....yehooo...walaupon dekat je tapi sgt ohsem k..

kteorg sampai sana hampir pukul 12...sampai2 je terus bergambar...biasa lah zaman sekarang...singgah mana-mana perkara utama mesti la ambil gambar kan...posing kemain kau ! dah puas gambar apa lagi mesti la berendam dalam air...sejuk sgt airnya...besttt...

foto di sg inki :)





habis main air ni kteorg gerak pulak pegi aeon...pegi makan pizza..yummy..

lpstu shoping...tapi xshoping sgt sbb masa tu xtau duit da masuk ke belum..rupanya dah masuk..aku je yg xtau duit dah masuk masetu..ciss ~ 

disebabkan aku fikir duit xmasuk lagi kenalah aku berjimat haritu tp jimat-jimat pon aku smpat capai 2 helai t-shirt...hehehe...

tapi bagos jugak la aku xtau masetu...ade karang aku berbelanja sakan...aku dah mula rasa duit aku laju keluar macam air je ni...eish3...

kemain memasing shopin :b



Thursday, 22 August 2013

ber-oliday

weeeeee ~
disebabkan malas nak menulis so biar gambar yg bercerita !
ber-oliday di cameron highlands
12/8/13 - 14/8/13

arriving at the cool point hotel


di cameron lavender






at tea boh centre



di cactus point


strawberry farm


picture of the day !

 lastly me