Showing posts with label Aktiviti. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti. Show all posts

Friday, 4 September 2015

sungai klah hotspring

hello ! trip yang dirancang seminggu sebelum terlaksana. hehe. ni adalah plan ex-roomate aku dimana aku ke uitm puncak alam untuk mendapatkan mini akademik transkrip. yela aku ni certificate takda lagi sebab belum konvo jadiknye perlu mini transkrip ni as bukti tamat belajar dan ada butir2 result yang perlu untuk memohon kerja. sekejap kan 4 tahun aku belajar. fuhh xpercaya kau. itu lah tapi nak buat camne mmg dah tamat dan keputusan sem akhir pon dah keluar. Alhamdulillah aku finish study ikut waktu dan xde paper sangkut. syukur :'). Eh, takmau cite result la nak cite short vacay ni.


Alang-alang dah ke sana (uitm tuh) aku singgah or tak aku menumpang 2 malam di rumah my friend dekat tanjung malim. Thankyou buddy bagi tumpang tidur,makan dan berjalan - jalan. Next time please come to my house pulak. boleh aku bawak jalan- jalan ok. Hehe. tanjung malim ni dah dekat dah dengan sungai klah hotspring ni. Aku pegi sini hari selasa. weekdays so tak la ramai org. selesa nak mandi dan xberebut dgn org. ada pakcik jaga tmpt ni cakap kalau weekend boleh cecah 6 ribu orang. giler sesak camtu. tempat ni cantik. serius cantik. recommended tempat lah kalau nak bermain air dan leisure2. haha. Tiket  dewasa RM15.00 per person. Tapi dekat sini tak dibenarkan bawak makanan. so whether makan siap-siap dulu before mandi or lepas mandi baru makan,. ade kafe tapi aku xsinggah lah sbb kitaorg ade plan nak mkn kat tmpt lain. weeee~

 location map. luas jugak tempat ni. dia siap ada kawasan air panas dan air sejuk. air panas ade kolam terbuka dan jugak air panas berperingkat. lepastu ade villa untuk sesape yang nak stay. villa dia giler cantik dan ade private jakuzi. fuyooo. seronok berendam dalam air panas dan sejuk ^,^


ini pengangkutan yang ade. dia angkut dari kaunter tiket ke lokasi mandi manda. tapi sebenarnya boleh je nak jalan kaki dari kaunter tiket sebab xjauh sangat pon sebenarnya. kami mengada sebab takde orang so boleh la sesaje nak naik kereta ni. hehe


yang ni memang tempat aku teruja sekali which dia ada kolam air panas berperingkat suhu dan batu-batu yang orang buat terapi kaki tu dan kat batu - batu tu ada air panas mengalir. peh best sangat. tapi tak boleh berhenti lama dekat satu-satu batu sebab panas. xtahan. dia kena keep jalan je sepanjang batu tu. baru syok. kolam air panas dia pon best. sempat masuk yang 30 - 35 darjah celcius je. Lepas mandi air panas ni berpeluh- peluh beb. penat la jugak mandi air panas. haha





dua atas ni kolam mandi terbuka. Yang atas tu air sejuk yang bawah air panas. seronok jugak berendam lama-lama dekat sini. kawasan air pon agak luas bebas ke sana ke mari dengan tak ramai orang nye. syokk wo !




ini sekitar kawasan mandi. banyak pondok-pondok kecil untuk dduk berteduh ke sembang- sembang ke. kira kalau hari hujan boleh la lepak bawah pondok. hahaha. ok tu sajelah entry kali ni. babai

Monday, 6 October 2014

Le memoir ~ classmates


~ Entry bergambar

sedang berkumpul..taklimat dari ketua program..hahaha (-.-)


classmates yang super duper havoc :p

Sebenarnya ini aktiviti bersama classmates which is berpiknik di air terjun sungai sendat, ulu yam.. Boleh tahan jauh jugak nak ke sana..Lebih kurang 1 jam plus-plus..Kami pergi dengan 6 buah kereta so total 27 orang yang pergi.. tak semua budak kelas dapat pergi sebab ada hal-hal yang xdapat nak dielakkan..tak ape lah...lain kali mungkin boleh gather lagi bersama-sama...

ini 1 kereta..kereta Miss A & Mr A (hehe :P)



Piknik kali ni sempat ber'bbq tau...sedap giler ayam yg diperap tuh..memang terbaik lah ! pandai sungguh cari resepi..eh, nnt boleh kongsi resepi tau :b


Main event mestilah bermandi-manda tapi lebih kepada mengambil gambar...gambar kenangan la kata kan..bukan selalu dapat keluar reramai sama-sama macam ni..







Semua enjoy & happy dapat kumpul ramai-ramai camni..Harapnya ada lah gather kali kedua nnti..hehe

Saturday, 15 March 2014

Broga Hills


Aktiviti mendaki bukit broga ~ Fuh, letih bak ang. Memang mencabar jugak la aktiviti mendaki ni walaupun jarak pendakian hanya 1.7 km. Jarak masa dari kaki bukit ke puncak lebih kurang 1 jam tanpa henti..tapi kitaorang (berlima orang) ada berhenti jugak sekejap - sekejap membuatkan masa nak sampai puncak tu bertambah setengah jam..mana larat nak jalan je terus tanpa henti. Aku memula perjalanan tuh dah rasa nak pitam. Alhamdulillah selamat jugak naik dan turun puncak broga. Syukur :'). Tapi aku rasa cukup lah sekali aku panjat bukit broga ni. Tak sanggup rasanya nak naik untuk kali ke-2. Ahah.  Hasrat nak mendaki bukit broga ni dah lama dah. Dari sem-sem lepas lagi. Kali ni baru la tercapai. Tak kisah lah lambat tercapai hasrat tu asalkan akhirnya tercapai jugak and atlast dah merasa lah mendaki sejauh 1.7 km. Kami gerak dari puncak alam pukul 3.30 pagi tau. Nasib ada bantuan gps, dapatlah sampai sana lebih kurang 5.15 pagi. Tersangat lah gelap masa sampai tu. Lengang. Hanya kami dan 2 buah kereta lain je yang ada. Lepas kami sampai kat puncak yang first tuh baru la nampak ramai-ramai org berdedai-dedai naik. Awesome sangat permandangan dekat atas bukit :)



sampai-sampai atas bukit pon masih lagi gelap

Actually, dekat sini ada dua tempat. First adalah bukit broga sejauh 1.7 km yg aku ckp kat atas tadi tapi korang boleh teruskan perjalan ke Gunung Tok Wan sejauh 4.8 km (if not mistaken lah). Masa kami tiba di puncak broga tu kami reramai ingat masih ada lagi 400m kehadapan tau sbb baca signboard. Alih-alih bila jalan punya jalan sekali dah terlebih. Rupanya tu laluan nak ke gunung tok wan. Habis kena patah balik -.-

ini lah signboard tu. Mengelirukan sungguh -.-

Ini masa kitaorang dah terlebih naik. Muka letih dah tapi tetap senyum (",)

Tak rugi pon mendaki bukit broga ni sebab pemandangan sangat cantik. Serious. After lepak-lepak kejap atas bukit kitaorang pon gerak turun bukit sambil tangkap gambar buat kenangan. Here, gambar scenery sepanjang atas bukit sambil fefeling ala model. Hihi